Sunday, 30 April 2017

Ruhainies Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Azrel Ismail

Baru-baru ini, pelakon Azrel Ismail memberitahu beliau sudah bersedia untuk berkahwin. Susulan pengakuan Azrel itu, ramai yang berspekulasi bahawa aktor itu bakal berkahwin dengan Ruhainies. Ini kerana, umum mengetahui mereka berdua cukup rapat dan mesra bersama.


Walaubagaimanapun, Ruhainies tampil menafikan gosip berkenaan dan menyatakan sukar untuk beliau untuk bercinta dan menjadikan Azrel teman hidupnya kerana hubungan mereka tidak lebih daripada kawan rapat.
Sejujurnya kalau saya bercinta (dengan Azrel) saya akan beritahu… tapi sebenarnya tidak. Dia dalam friend zone saya sebab dah anggap kawan. Dia juga sudah tahu (perasaan saya). Saya dah cakap pada dia.
Azrel mempunyai perilaku yang baik, dia juga seorang yang gentleman. Dia sangat baik, jadi dia layak dapat wanita yang lebih baik.


Ruhainies pada masa yang sama mengakui beliau agak risau kariernya lakonannya yang semakin meningkat naik akan terjejas apabila dikaitkan dengan gosip tersebut. Sejujurnya, beliau belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya dahulu.

Artis Yang Baru Berhijab Kena Cari Kawan Yang Dapat Bantu Mereka Beristiqamah – Yatt Hamzah

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan beberapa berita tentang artis yang membuka tudungnya, antara yang menjadi perhatian ramai adalah Uqasha Senrose dan terbaru isu Sara Ali pula membuka tudungnya.


Berbicara mengenai isu ini, pelakon Yatt Hamzah menasihati agar artis-artis wanita yang baru sahaja berhijab memilih kawan yang dapat membantu mereka agar terus beristiqamah dan mencari guru yang mampu membimbing mereka ke arah lebih baik. Ini kerana, pelabgai dugaan dan cabaran akan menimpa pada saat awal mereka ingin menutup aurat.
Saya tidak layak untuk bercakap soal keputusan mereka kembali ke imej asal kerana saya percaya mereka ada sebab tersendiri.  Namun, apa yang saya boleh cakap agar mereka mencari kawan yang boleh membantu mereka untuk terus istiqamah. Selain itu, mereka juga perlu mencari guru untuk membimbing menjadi lebih baik.


 Satu ketika dahulu, Yatt juga pernah melalui pelbagai pengalaman saat membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Didalam dunia hiburan, memang agak sukar untuk menempuh setiap ujian yang mendatang.
Saya melalui apa yang mereka rasa sekarang, bukan senang berhadapan dengan ujian itu kerana bidang lakonan sebagai punca pendapatan utama. Saya akui pada awal penghijrahan ada produksi yang minta buka tudung dan rezeki dalam bidang itu juga berkurangan. Tapi kita kena ingat rezeki daripada Allah.  Saya yakin banyak cara lain untuk kita mencari rezeki selepas berhijab.


 Dalam pada itu, Yatt meminta agar netizen tidak mudah untuk terus menghentam  ataupun artis yang membuka tudung kerana kita tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum ini. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka.

Elly Mazlein Tidak Kisah Netizen Tuduh Dirinya Enggan Lupakan Kontroversi Lama

Muncul dengan single terbarunya, Jeritan Hati, penyanyi Elly Mazlein akui lagu berkenaan adalah gambaran kisah hidup beliau. Lagu itu dicipta oleh Manusia Putih manakala liriknya pula hasil nukilan komposer yang menghasilkan melodi Lelaki Teragung, Natasha.



Umum mengetahui, sebelum ini Elly pernah dihimpit kontroversi panas mengenai perceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta dan ia menjadi cukup sensasi apabila ia turut mengaitkan nama pelakon, Faye Kusairi. Namun, baru-baru ini, Azmi dan Faye sudah pun mendirikan rumah tangga secara senyap.
Dengan kemunculan lagu tersebut, Elly memberitahu beliau sudah tidak kisah dikecam ataupun dikritik oleh netizen yang menganggap dirinya masih belum mahu melupakan kontroversi lama itu.
Biarlah mereka hendak berkata apa pun, saya iyakan saja. Lagipun, bukan saya yang meminta penulis lirik itu menceritakan kisah saya. Sebaliknya lagu itu sudah siap sepenuhnya ketika mereka menghantar rakaman demonya kepada syarikat rakaman saya.
Kadang-kadang, netizen ini lebih sudu daripada kuah bukan? Kita tidak tahu apa yang Elly Mazlein lalui sebelum ini dan bukan mudah juga seseorang untuk melupakan kisah luka yang lalu hanya dalam sekelip mata.

Benjy Akui Mula Jual Dadah Untuk Biayai Rawatan Kanser Ibu

Umum mengetahui pelakon Benjy baru-baru ini ditangkap oleh pihak polis Indonesia atas dakwaan menyorokkan dadah jenis syabu didalam duburnya. Menerusi sebuah siasatan yang dijalankan oleh pihak mereka, Benjy akui mula terjebak dengan penjualan dadah demi membiayai rawatan kanser ibunya, Azean Irdawaty.



Pernah, enggak racik sendiri untuk pakai, tetapi untuk biayai (pengobatan) kanker ibu saya. Anak jantan mana boleh lihat ibunya sakit.
Untuk makluman anda, Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2013 selepas menghidap penyakit kanser payudara.

Menurut pihak berkuasa Indonesia lagi, setelah diteliti berat dadah yang Benjy cuba sorokkan hanyalah 4.5 gram sahaja dan bukanlan 14 gram seperti yang dilaporkan oleh pihak media sebelum ini. Terdahulu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia,  pada 20 April lepas kerana cuba membawa dadah jenis syabu  yang dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.

Azrel Ismail Dan Risteena Munim Disaman RM 1.5 Juta



























Pelakon Azrel Ismail dan Risteena Munim bakal disaman RM 1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama Yes Sir Nak Pergi Mana. Peguam yang mewakili pihak produksi, JNI Creative Sdn Bhd iaitu Mohd. Fadly Hashim berkata, kedua-dua pelakon tersebut diberikan tempoh masa selama 14 hari untuk berbincang dengan pihak produksi berkaitan permasalahan ini.


Notis saman itu adalah bertujuan untuk menuntut jumlah yang diberikan kepada pelakon sewaktu awal pengambaran, jumlah yang dibelanjakan produksi dan keuntungan di masa hadapan yang melibatkan pihak ketiga. Azrel dan Risteena juga didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media bahawa pihak produksi enggan membayar baki bayaran mereka.
Mereka meminta lebihan bayaran sedangkan sudah tertulis dalam kontrak bila pembayaran akan dilakukan. Kedua-duanya ada berhubung dengan syarikat untuk meminta bayaran awal dan pihak produksi bersetuju tetapi beberapa hari kemudian mereka mengeluarkan kenyataan produksi tidak mahu membayar.










Jumlah bayaran di dalam kontrak menurut Mohd. Fadly adalah sebanyak 30% ketika bermula penggambaran, 20% selepas selesai episod ke-15, 35% selepas episod ke-30 dan selebihnya, 15% selepas sesi promosi drama.
Terdahulu, Azrel membuat laporan polis bersama-sama beberapa pelakon dan kru produksi di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor untuk menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi JNI Creative Sdn Bhd yang belum dilunaskan.



 Wakil JNI Creative, Muhibbudin Ahmad berkata, pihak penerbit agak terkilan dengan apa yang sudah berlaku. Walaubagaimanapun, pihak mereka masih ingin berbincang dengan Azrel dan Risteena mengenai isu berkenaan.

Sumber Berita Dan Foto : Utusan Online 

Soalan Tentang Cahaya Mata Adalah Doa Daripada Peminat – Bella Dally

Tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama Nazim Othman, pelakon Bella Dally memberitahu beliau tidak pernah merasa tertekan apabila diasak dengan soalan tentang  cahaya mata.


Buat Bella, setiap pertanyaan itu adalah doa buat beliau dan suami. Menurut Bella, mereka berdua tidak pernah merancang tentang soal zuriat dan menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT. Jika ada rezeki dalam masa terdekat mereka akan menerimanya.
Usia perkahwinan kami pun baharu tujuh bulan. Jadi, soalan sebegitu tidak memberi tekanan. Saya juga lihat ia sebagai doa serta keprihatinan peminat buat saya dan Nazim. Kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya menyerah hal itu kepada-Nya. Lucu juga apabila saya mendapat komen sama ada hamil selepas baju yang digayakan di Instagram nampak kembung pada bahagian perut.


InshaAllah,  satu hari nanti pasti Bella dan Nazim akan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Teruskan berdoa buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

(7 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Juliana Evans Dan Tengku Sharifuddin

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Juliana Evans sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor. Majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Difahamkan, majlis resepsi Juliana dan Tengku Sharifuddin dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Khas buat peminat Juliana, berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : Uprising Entertainment / Dreampeeks Photo



Saturday, 29 April 2017

(Foto) "Tengok-Tengok Kain Telekung & Sejadah Berdiri Macam Tengah Solat" - Kejadian Sejadah & Kain Telekung Berdiri di Kedah



Sudah lama kita tidak mendengar kejadian kain sejadah berdiri kan? Tapi hari ini, kejadian yang sama dikatakan berlaku di Kampung Tok Aris Jeneri Sik, Kedah sebagaimana yang dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Mohamad Syafiq Akmal Ismail.

Mohamad Syafiq berkongsi kejadian itu bersama beberapa keping gambar di Facebook.

Menurut Syafiq, kejadian itu berlaku di rumahnya sendiri ketika ibunya sedang bersiap-siap untuk solat.

"Subhanallah, ujian buat kami sekeluarga. Maha Suci Allah, kejadian (yang berlaku) di rumah saya.

"Mula-mula, masa mak nak solat, (dia) ambil kain telekung. Lepastu kalut-kalut letak kain telekong atas sejadah.

"Lepas tu, mak patah balik nak solat, tengok-tengok kain telekung dan sejadah satu lagi berdiri macam tengah solat.

"Allahuakbar.. Subhanallah.. keadaan sejadah ikot qiblat.. Semoga keluarga kami dalam lindungan Allah." tulis Syafiq.

Bersama kisah itu, Syafiq turut memuat naik beberapa keping gambar kejadian. Selain itu, turut kelihatan orang ramai berkunjung ke rumah Syafiq untuk melihat kejadian aneh itu.







Datuk Ziela Jalil Tidak Mahu Komen Isu Disaman RM10 Juta Oleh Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku

Susulan perkara itu, ramai yang ingin tahu punca permasalahan mereka berdua. Walaubagaimanapun, Ziela enggan memberikan sebarang komen mengenai isu saman berkenaan dan sudah menyerahkan segala urusan tersebut kepada peguamnya.
Malah, beliau juga masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah.
Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini. Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya.


Terdahulu, Siti Rosmizah sebagai plaintif fitnah di laman sosial Instagram yang menjejaskan reputastinya dimuat naik oleh Ziela pada 9 Februari dan 10 April lalu. Selain itu, beliau turut menuntut injunksi bagi menghalang defendan (Ziela) daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.

(Video) 'Bila Ada Kucing Lain Datang, Ia 'Sorokkan' Rakannya' - Kisah Seekor Kucing Jaga Rakannya Yang Cacat Sentuh Hati Netizen


Kisah persahabatan dua ekor kucing menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV.
Menurut laman Facebook itu, kucing yang dikenali sebagai Nabi itu cacat kedua belah kakinya.



Bagaimanapun, disebalik kecekalan Nabi untuk meneruskan hidup, dia ditemani oleh kawannya yang setiap berada di sisi tidak kira masa.

Seorang penduduk yang selalu memberi makan kepada kucing itu berkata: "Mungkin rakannya itu tahu membaca fikiran Nabi."

Apabila terdapat kucing liar cuba mendekati mereka, rakan Nabi akan cuba melindungi Nabi dan menghalau kucing terbabit.






Menurut SBS TV juga, pengawal Nabi berjaga untuk menjaga rakannya itu sepanjang hari. Apabila tiba waktu malam, barulah ia akan menghampiri rakannya itu untuk menjilatnya.

Orang ramai yang terkesan dengan persahabatan dua ekor kucing itu menjaga mereka dengan memberi makan, menjaga tempat tinggal mereka serta memberikan ubat.

Lagi menyayat hati, rakan Nabi akan menunggu Nabi selesai mengenyangkan perut terlebih dahulu sebelum makan

.
Tonton video itu dibawah:

Special thanks to: SBS TV

Mufti Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram



Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kini telah menimbulkan pelbagai masalah dan menambah beban kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan telah menyokong yang perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan ini adalah Haram.

Ini kerana menurut beliau sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil di mana cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.



"Kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya.

Beliau turut menyokong yang perlaksanakan GST ini hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.

Semalam, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam. - Siakapkeli.my

Thursday, 27 April 2017

Bagaimana Untuk Padam Hasil Carian ‘Browsing History’ Di Telefon Pintar iPhone & Peranti Android, Cara Ini Boleh Digunakan



Selalunya kita menggunakan komputer atau ‘laptop’ untuk membuat carian menerusi laman sesawang, dan dari situ, ia sebenarnya akan menambahkan sejarah carian di ‘search engine’ yang kita gunakan.

Jika tidak dibersihkan, ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi komputer atau ‘laptop’ anda. Dan begitu juga sekiranya anda menggunakan telefon pintar untuk melayari mana-mana laman sesawang, khususnya jika bekerja, dan perlu menggunakan telefon setiap masa.

Untuk itu, anda boleh sahaja memadamkan sejarah carian, sama ada anda pengguna iPhone, atau peranti Android, dan menerusi perkongsian di bawah, telah ditunjukkan secara terperinci bagaimana anda boleh bersihkan sejarah ‘browsing’.

Mari kita lihat caranya.



Semasa anda melayari internet, laman sesawang akan meninggalkan fail internet sementara dan juga cookies di dalam telefon pintar anda.

Kadang kala anda hendak memadam fail-fail sementara ini bagi membersihkan sejarah browsing anda.

Begini caranya.

iPhone

Jika anda menggunakan iPhone atau iPad, besar kemungkinan anda akan menggunakan pelayar default Apple, Safari.

Tidak seperti browser yang lain, anda tidak boleh memadam data secara langsung dari dalam browser.

Jadi anda perlu ke bahagian settings peranti.

a. Safari

i. Buka Settings.
ii. Pergi ke Safari.
iii. Pergi ke Clear History dan Website Data, pilih option itu.
iv. Satu mesej pop-up akan keluar, memberitahu anda yang ini akan membuang data dari peranti anda dan peranti lain yang disambung ke akaun iCloud berkenaan. Tekan Clear History and Data untuk mengesahkannya.

b. Chrome

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas skrin.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Pergi ke Privacy, tekan butang Clear Browsing Data.
iv. Pilih apa yang anda mahu padam dari senarai, dan pilih Clear Browsing Data.
v. Tekan Clear Browsing Data sekali lagi untuk mengesahkan pilihan anda.

c. Firefox

i. Tekan ikon hamburger () di bahagian bawah, dan tekan butang Settings.
ii. Pergi ke Clear Private Data.
iii. Pilih apa yang anda ingin padam dan tekan Clear Private Data sekali lagi.
iv. Satu peringatan akan keluar menandakan data ini akan dipadam dan proses ini tidak boleh diulang kembali. Tekan OK untuk mengesahkan pilihan anda.

d. Opera

i. Tekan butang merah ‘O’ di bahagian bawah browser.
ii. Tekan settings dan satu menu pop-up akan keluar.
iii. Pergi ke Clear. Selepas itu anda boleh memilih untuk memadam benda tertentu seperti saved password atau cookies, atau anda boleh memilih untuk memadamkan semuanya.
iv. Anda akan ditanya samada anda mahu meneruskan proses seterusnya. Pilih Yes.

Android

Sesetengah pengeluar akan membuat pelayar mereka sendiri. Selalunya browser Android yang digunakan ialah Chrome.

a. Chrome

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Pergi ke Privacy dan tekan butang Clear Browsing Data.
iv. Pilih apa yang anda mahu padam. Anda juga boleh memilih untuk memadam data dari tempoh masa tertentu jika mahu.
v. Pilih butang biru yang menandakan Clear Data.

b. Firefox

i. Tekan ikon () di bahagian sudut atas kanan.
ii. Pergi ke Settings.
iii. Tekan Privacy dan pilih Clear Private Data.
iv. Pilih perkara yang anda mahu padam dan pilih Set.
v. Satu peringatan akan keluar menandakan proses pemadaman tidak dapat berulang. Tekan OK untuk memadam data.
vi. Pergi semula ke home screen di dalam Firefox, tekan ikon () di bahagian sudut atas kanan.

c. Opera

i. Tekan ikon hamburger () di bahagian bawah dan tekan Settings.
ii. Pergi ke bahagian Privacy dan tekan butang Clear Browsing Data.
iii. Pilih apa yang anda mahu padam kemudian tekan OK.

Sumber: wiser.my

- Siakap Keli

Lelaki Hilang 47 Hari di Himalaya Ditemui Masih Hidup Bersebelahan Mayat Teman Wanita, Hilang 28KG


Seorang pendaki yang hilang selama 47 hari di kawasan bukit bakau Nepal ditemui masih hidup bersebelahan mayat teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selama tiga hari.

Liang Sheng-yueh, 20, terperangkap berdekatan dengan kawasan air terjun bersama teman wanita Liu Chen-chun selepas mereka kehabisan bekalan makanan.

Liu meninggal dunia tiga hari sebelum pasukan penyelamat tiba untuk menyelamatkan Liang. Ketika ditemui, berat Liang hilang sebanyak 28kg selain kakinya sudah memburuk dan dimakan ulat.

"Dia sedang tidur ketika pasukan menyelamat menemui mereka," kata penyelamat, Madhav Basynyat.

"Dia terbangun apabila terdengar kami. Kami sangat terkejut menemui dia masih hidup. Dia berkata teman wanitanya sudah tiga hari mati".

Kini, Liang dirawat di sebuah hospital di Kathmandu selepas diahntar oleh penyelamat menggunakan pengangkutan udara.

Pada mulanya, pasangan dari Taiwan itu mengikuti aliran sungai dengan harapan dapat menemui perkampungan tetapi mereka menemui jalan buntu apabila tiba di pinggir air terjun dan tidak mampu memanjat naik semula.

Mereka meneruskan hidup dengan memakan potato dan mi segera sehinggalah kehabisan makanan.
Ahli keluarga melaporkan kehilangan pasangan itu apabila mereka tidak dapat menghubungi mereka pada 10 Mac lalu.

Rakan pasangan itu, Chou Chiang-chieh, berkata pasangan terbabit berbasikal dari India ke Nepal untuk 'pengembaraan impian'.

"Dia (Lui) berjuang untuk terus hidup di Himalaya terlalu lama dan saya sangat sedih dia tidak berjaya. Dia seperti keluarga kepada saya." kata Chou.

Sumber: The Guardian

(Foto) Pelajar Perempuan Menang RM2,800 Selepas Masuk Pertandingan Rumah Paling Kotor di UK



Tak dapat dinafikan, rumah pelajar; terutamanya pelajar universiti; sangat tidak kemas. Namun rumah seorang pelajar perempuan di UK dinobatkan pemenang rumah paling kotor di negara itu.
Pelajar terbabit 'dianugerahkan' pencapaian itu selepas bapa disuruh masuk ke dalam pertandingan terbabit.

Rumah yang diduduki oleh pelajar berusia 19 itu bersama lima kawannya memenangi hati juri untuk menjadi juara pertandingan terbabit.
Foto rumah berkenaan yang dikongsi memaparkan bagaimana bersepahnya rumah itu - termasuk timbunan kotak pizza, tong sampah yang melimpah ruah serta bahagian dapur yang cukup kotor.

Brittani, dari Longlevens, Gloucestershire, berkata bapanya terperasan dengan kewujudan pertandingan seumpama itu wujud kemudian menghantar pautan kepadanya sebagai bahan lawak sahaja.
"Dia berikan saya pautan ke artikel sebagai bahan lawak sahaja kerana dia tahu saya dan rakan serumah memang bukan jenis yang pengemas.

"Saya memasukinya (pertandingan itu) dengan memuatnaik gambar kotor kami yang kotor dan saya sangat gembira kerana mengambil bahagian"
Tapi kenapa pelajar itu gembira? Ia adalah kerana dia berjaya memenangi hadiah utama £500 (RM2,800) pertandingan yang dijalankan oleh web-blinds.com itu.

Dan ini foto-foto yang berjaya memenangi hati juri:


















Sumber: Metro.co.uk

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...