Friday, 19 May 2017

Kanak-Kanak 10 Tahun Hampir Maut Selepas Bahagian Dari Fidget Spinner Terlekat di Kerongkong

Satu bearing yang terlekat pada kerongkong Britton. Foto: CNN



Texas, Amerika Syarikat: Seorang ibu berdepan detik cemas selepas anak perempuannya yang berusia 10 tahun hampir maut akibat tercekik bahagian dari gajet 'fidget spinner' dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek terbabit.

Menurut CNN, Kelly Rose Jonies yang berkongsi kejadian itu di Facebook memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan gajet yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

Kelly berkata, ketika kejadian, dia dan anak perempuannya, Britton, dalam perjalanan ke rumah sebelum dia terdengar anaknya itu tercekik di tempat duduk belakang.

Dia mendapati anak perempuannya itu tertelan salah satu daripada gelung besi pada "fidget spinner" dan cuba mengeluarkan alatan itu dari mulut anaknya.

Kelly kemudian menggegaskan anaknya itu ke klinik berdekatan.

Sesampainya di hospital, doktor tidak berjaya mengenalpasti dimana objek itu terperangkap sehingga kanak-kanak itu terpaksa dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Texas bagi ujian imbasan Xray.

Hasil ujian imbasan mendapati logam bulat itu tersekat pada kerongkong kanak-kanak terbabit.

Spinner Fidget Milik Britton




"Britton dibawa untuk pembedahan endoscopi bagi mengesan dan mengeluarkan objek terbabit (bearing).

"Mujurlah, hasilnya positif tetapi saya berasa agak bimbang akan keadaanya bukan sahaja kebimbangan mengenai komposisi dan struktur objek serta risiko anestesia," katanya

Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu CNN, tumpuan utama mereka kini adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada kanak-kanak itu dan memastikan dia terus menjalani kehidupan yang sihat.

Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Britton.

Sumber: Today.com

Suspek Kes Samun Dan Rogol Di Sebuah Premis Judi Di Kinrara Maut Jatuh Bagunan



Seorang lelaki yang dipercayai suspek kedua kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, yang tular sebelum ini dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 12 PPR Semarak, Setapak, malam tadi, lapor Berita Harian.

Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah melakukan serbuan ketika jam 10.10 malam di mana suspek berusia 22 tahun terbabit cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah berkenaan.




Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika sebuan polis telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun penghuni enggan membuka pintu.

Sebelum ini pihak polis telah berjaya menahan suspek pertama berumur 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor pada 14 Mei lalu.

Berdasarkan rakaman video, seorang wanita warga Indonesi berumur 33 tahun telah dirogol oleh kedua-dua suspek, mangsa kemudiannya melarikan diri.

Namun pada Rabu lalu mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air. 


Turut sama membuat laporan adalah seorang seorang lagi pekerja di premis itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun. - Siakapkeli.my

'Thread Ni Nak Cerita Pasal Kisah Aku Kena Santau' - Lelaki ini Kongsi Pengalaman Kena Santau Dengan Rakan Satu Universiti

SEORANG pengguna Twitter berkongsi pengalamannya yang dikatakan pernah disantau dalam kejadian pada 2013 hingga 2015.

Menerusi posting twitter yang panjang itu, pengguna Twitter yang menggunakan nama FSK itu memulakan ceritanya dengan berkata:

"Tered ini nak cerita pasal kisah aku kena santau (bermula 2013 rasanya hingga 2015 - period yang teruk) dan orang tu masih hantar sampai sekarang".




Badan Jadi Gatal...
















Rasa tak selesa dengan keluarga...




Sakit Teruk...




Jadi meracau di hospital & 3 hari raya






Tiba-tiba 'blackout'
















Lingkar macam ular...


Ustaz datang, baca apa yang patut...



Dah boleh gurau-gurau balik dengan keluarga...

'Orang' tu lelaki ke perempuan?


Nasihat ustaz: jangan upload gambar nampak muka full, pendekkan nama..



Kubur Adik Thaqif Amin Digali Semula Untuk Dapatkan Sampel




Johor Bharu: Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, yang meninggal dunia bulan lalu digali semula tengah hari tadi, lapor Astro Awani.

Menurut portal berkenaan, tindakan itu dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Perkara itu disaksikan oleh bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai kira-kira pukul dua petang tadi.

Menurut Astro Awani lagi, Mas Ariff ketika dihubungi berkata pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Sementara itu, berita tentang penggalian semula kubur Mohamad Thaqif mual mendapat perhatian ramai apabila dimuat naik oleh portal Mingguan Wanita sebentar tadi.

Berita itu juga turut disahkan oleh beberapa waris terdekat Allahyarham di Facebook.

Sumber: Astro Awani

Wednesday, 10 May 2017

Hero Dalam Siri TV 'The Flash' Bertunang Dengan Gadis Berdarah Sabahan



Kuala Lumpur: Dia mungkin seorang superhero dalam kaca tv, tetapi jatuh hati kepada keanggunan seorang gadis berdarah Sabahan.

Hero dalam siri tv popular The Flash, Thomas Grant Gustin bertunang dengan Andrea Thoma, seorang wanita separuh Kadazan.

Menurut satu posting Instagram, mereka berdua baru sahaja bertunang. Posting itu menunjukkan Thoma menunjukkan cincin pertunangan sambil tersenyum lebar.



Berdasarkan akaun Instagram Thoma pula, difahamkan Thoma mempunyai darah Sabahan melalui ibunya. Selain itu, Thoma juga pernah memuat naik gambar keluarganya memakai pakaian tradisional Kadazan.

Pakcik Ini Tawarkan Air, Gula-Gula & Khidmat Cas Telefon Percuma Kepada Sesiapa Yang Naik Grab Dengannya



Kreatif dan menarik. Itu yang boleh disifatkan dengan apa yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab yang bernama Abu Talib bin Mohd Ali ini untuk membuatkan pelanggan perkhidmatan Grab yang disediakan oleh beliau sentiasa selesa ketika berada di dalam kereta.

Kenapa kreatif? Selain menumpangkan pelanggan, Abu Talib juga turut memberi penumpangnya pelbagai kelebihan lain, iaitu gula-gula percuma, air percuma dan khidmat pengecasan telefon percuma.

Khidmat istimewa pemandu Grab itu mula viral di media sosial dan dikongsi oleh laman Facebook Siakap Keli Press sebentar tadi.

"Hi, saya Abu Talib. Jika anda perlukan sesuatu, sila beritahu saya," tulis satu poster pengenalan yang ditampal di bahagian belakang tempat duduk hadapan.



Selain itu, penumpang yang mengambil foto Abu Talib turut mengambil gambar-gambar keistimewaan yang boleh dinikmati apabila menaiki Grab Abu Talib.

Menurut foto yang dikongsikan, dapat dilihat Abu Talib beroperasi di sekitar Jalan Pahang. Mungkin beliau berasal dari sekitar itu.





Jadi, siapa yang bernasib baik dapat menumpang Grab dengan Abu Talib, pastikan anda memberi lima bintang kepada pemandu ini! Tidak lupa juga, Abu Talib juga turut menawarkan 'servis' menukar stesen radio percuma. Serius rasa macam dihargai kalau dapat naik Grab dengan Abu Talib.

Sumber: Siakap Keli Press

Lelaki Maut Selepas Digilis Treler Ketika Sedang Tukar Tayar Kereta



10 Mei - Seorang pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman maut selepas dirempuh sebelum digilis sebuah treler dalam kejadian di KM 365.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi dalam kejadian pagi tadi.

Menurut BH Online, difahamkan mangsa sedang menukar tayar depan kereta Perodua Myvi yang dipandunya ketika kejadian.

Mangsa, Mohd Zalaini Mohd Shafee, yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah akibat digilis.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya, Firdaus Asmadi, 23; Ahmad Ihsan Asyraf Yusof, 19; dan Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18; dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman, memberhentikan kereta di bahu jalan akibat kerosakan tayar.

Bagaimanapun, sebuah treler tiba-tiba merempuh kereta mangsa dari arah belakang sebelum menggilis lelaki itu. Akibat rempuhan itu, Ahmad Ihsan turut parah, Firdaus mengalami patah jari manakala Abdul Azhim cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hopsital Dungun dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH Online

(Video) Budak Sekolah Rendah Dipuji Kerana Cubaan Berani Menyambut Kanak-Kanak Jatuh Dari Tingkat 3


Seorang pelajar kelas enam menerima pujian dari netizen di China kerana usahanya untuk cuba menyambut seorang kanak-kanak dua tahun yang jatuh dari tingkat tiga bangunan - biarpun dia gagal membuat sambutan itu.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu mencuri tumpuan penduduk di kejiranan di Xingyang, wilayah Henan apabila memanjat untuk membuka tingkap di tingkat tiga dan menjerit 'mama!'.

Orang ramai lalu lalang di kawasan tersebut cuma mampu melihat sahaja tindakan kanak-kanak itu terjatuh ke hadapan dari tingkap terbabit melainkan seorang pelajar kelas enam tersebut yang dengan cepat bertindak.

Pelajar berkenaan berlari ke arah kanak-kanak itu sambil membuka tangannya untuk cuba membuat sambutan.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana dia tidak sempat sampai di titik yang sepatutnya dan kanak-kanak itu mendarat dia atas motosikal skuter yang diletakkan di kawasan berkenaan. Kanak-kanak itu digegaskan ke hospital dan ajaibnya, doktor berkata, budak dua tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Biarpun dia gagal menyambut kanak-kanak itu, saya masih berikan dia ibu jari kerana kebaikan dan keberaniannya!" tulis seorang pengguna Weibo.

Tonton video itu dibawah: (Bahagian budak itu jatuh telah dikerat kerana mungkin tidak sesuai ditayangkan).



Sumber: Shanghaiist

Bayi Gergasi: Ibu di New Zealand Lahirkan Bayi Seberat 7.39KG, Orang Ramai Menggelarnya 'Jonah Lomu' Seterusnya



Seorang ibu di New Zealand telah berjaya melahirkan seorang bayi gergasi seberat 7.39KG dan sepanjang 57cm.

Berat bayi berkenaan sekali ganda lebih berat dari kebanyakan bayi di Malaysia dan sudah muat untuk memakai baju untuk bayi enam bulan.

Menurut DailyMail, bayi berkenaan dilahirkan di bahagian cesarean di hospital Wellington pada Isnin.

Ibu bapa bayi tersebut - yang enggan dikenali - berkata mereka terkejut dengan saiz bayi mereka yang sihat itu.

"Kami sendiri bukannya (dari baka) tinggi, jadi kami tak tahu dari mana saiz itu datang," kata bapa bayi itu kepada Stuff.co.nz.

Menurutnya lagi, orang ramai sudah meramalkan bayi itu akan menjadi bintang sukan namun dia mempunyai impian lain untuk anaknya itu.

"Orang ramai memanggilnya 'Jonah Lomu' seterusnya," kata bapa merujuk kepada seorang pemain ragbi pasukan All Black.

"Tapi kami fikir dia akan jadi seorang pemain piano."

Rekod bayi terberat adalah kepunyaan seorang bayi Kanada yang lahir dengan berat 10.68KG dan sepanjang 76.2cm pada 1897.

Sumber: DMStuff.co.nz

Wednesday, 3 May 2017

Tips Bagaimana Untuk Memastikan Bagasi Anda Tidak Rosak Sewaktu Menaiki Pesawat, Krew Bahagian Penyimpanan Bagasi Ini Kongsikan Caranya


Sudah pasti ramai yang membawa beg, atau bagasi yang besar jika pergi melancong ke mana-mana, ada juga yang sanggup membawa beg lebih, untuk dijadikan ruang menyimpan barang-barang yang dibeli di negara yang dilawati.

Untuk dibawa ke dalam kabin, ia pasti melebihi had berat yang ditetapkan, jadi bagasi tersebut akan disimpan di bahagian ‘luggage’ pesawat.

Oleh sebab itu, mungkin kita akan risau, takut-takut bagasi akan rosak, disebabkan terhempap, atau diletakkan dengan cara yang tidak betul, yang mana akan berlaku perkara tidak diingi.

Tapi, nak atau tidak, kita terpaksa juga meletakkan bagasi pada ruang ‘luggage’. Mungkinkah ada cara yang boleh dilakukan, untuk mengelakkan bagasi kita rosak?

Ya, semestinya, jom kita baca apa yang perlu dilakukan.



Cara Mudah Bagaimana Untuk Pastaikan Bagasi Tidak Rosak

Seorang pemuda yang bekerja sebagai salah seorang krew yang menguruskan bahagian bagasi, di syarikat penerbangan Amerika Syarikat telah kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memastikan bagasi anda selamat di sepanjang perjalanan.

1. Mempunyai pemegang di bahagian bawah

Ia lebih mudah untuk dialihkan, dan dipindahkan, sama ada ke dalam pesawat, atau ke atas lori pengangkut. Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan pemegang pada bahagian atas bagasi.

2. Pastikan beg penuh

Bagasi yang padat dan penuh lebih baik, kerana ia akan termampat, sekiranya diletakkan dengan bertindih. Pastikan anda tidak meletakkan sebarang cecair, atau membiarkan zip tidak tertutup rapat. Ini akan menyebabkan, ada barang yang akan terkeluar, juga mungkin cecair tersebut akan pecah, dan meleleh keluar.

3. Bagasi yang ‘teguh’

Sememangnya banyak bagasi di luar sana yang dikatakan sungguh ringan, dan ia menjadi pilihan ramai. Tetapi, jika bagasi ringan, sudah pasti tidak mempunyai banyak kerangka, dan ia menjadi salah satu faktor bagasi akan cepat rosak, khususnya bila dihempap antara satu sama lain. Jadi, tidak salah cari bagasi yang mahal sedikit, dan kuat, dari terpaksa menukarnya berulang kali.



4. Mempunyai 4 roda

Ia lebih mudah, dan mempercepatkan proses pemunggahan, kerana bagasi boleh ditolak begitu sahaja, kepada rakan sekerja yang lain. Berbanding dengan yang hanya mempunyai 2 roda, yang mana, mungkin akan diseret begitu sahaja, oleh sebab ingin cepat.

5. Tag bagasi

Kalau tag yang besar, dan keras, ia pasti akan memudahkan untuk pengecaman. Tapi, disebabkan ia keras, sudah pasti mudah rosak, dan pecah, sememangnya membuatkan banyak serpihan berterabur. Jadi, jika ingin menggunakan tag, sebaiknya kecil, dan lembut, seperti pemegang kad yang lut sinar, adalah pilihan lebih baik.


6. Balut ‘stroller’ atau ‘car seats’

Jika melancong bersama anak kecil, sudah pasti akan membawa ‘stroller’ atau ‘car seats’, dan diletakkan di ruangan bagasi. Sebaiknya, balut dengan plastik, atau diletakkan dalam beg khas. Ini kerana, tali yang dibiarkan daripada ‘stroller’ dan ‘car seats’ akan menyukarkan kerja pemindahan, disebabkan tersangkut pada benda lain. Pastikan anda memudahkan urusan pemindahan.

7. Biarkan sahaja jika kotor

Sama ada Louis Vuitton, atau apa sahaja bagasi berjenama mahal, tidak semestinya akan diberikan layanan yang istimewa. Sekiranya beg mahal anda kotor, tidak usah untuk di ‘complain’, kerana beg bertujuan untuk melindungi barang di dalamnya, bukan diri mereka.

Jadi, pastikan anda cuba yang terbaik dari segi pemilihan bagasi, juga apabila diserahkan untuk diletakkan pada bahagian penyimpanan. Tidak salah untuk kita berusaha lebih, dalam memudahkan kerja mereka yang lain, yang mana akhirnya bagasi kita selamat tiba ke destinasi.

Sumber: cntraveler

Siakap Keli

Terlalu Banyak Halangan Untuk Bersenam, Atasinya Dengan 6 Cara Ini Dalam Menjadikan Aktiviti Senaman Sebagai Rutin Harian



Sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan, atau senaman, adalah lebih baik sekiranya membuat penilaian senaman, supaya aktiviti dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan, untuk mendapatkan manfaat yang maksima, supaya boleh dijadikan amalan harian.

Namun begitu, ramai di antara kita yang sukar menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan harian, oleh sebab beberapa kekangan, iaitu, halangan dalaman individu, halangan antara individu, juga halangan struktur.

a. Halangan dalaman individu

Ianya berkaitan dengan diri sendiri, yang mana mempunyai perasaan malu untuk bersenam, atas faktor kurang keyakinan diri, tiada motivasi untuk memulakan, atau mengekalkan tabiat bersenam.

Perasaan susah untuk melakukan aktiviti, serta tidak dapat menahan sakit daripada aktiviti tersebut juga menjadi halangan.

b. Halangan antara individu

Ianya berkait rapat dengan orang sekeliling, yang mana menjadikan alasan tiada teman untuk tidak bersenam. Kerana ada yang menjadikan rakan atau teman sebagai pemangkin dalam melakukan aktiviti senaman fizikal.

c. Halangan struktur

Kekurangan alatan senaman, seperti sumber kemudahan, juga menjadi halangan untuk bersenam. Bukan itu sahaja, tiada masa, tiada sumber kewangan, tiada tempat untuk bersenam, tidak tahu maklumat, dan pelbagai halangan lain yang bersangkut paut dengan kemudahan dikelaskan sebagai halangan struktur.



Walaupun ada sahaja halangan, namun, terdapat pelbagai program senaman secara berkumpulan yang dinajurkan oleh pelbagai pihak, ianya mungkin lebih menyeronokkan. Tapi, diri sendiri juga perlulah berusaha untuk mencari akan apa aktiviti yang dijalankan di sekitar tempat tinggal.

Begitu juga dengan aspek kemudahan, yang menjadi alasan untuk tidak bersukan, memang tidak dapat dinafikan, ada sesetengah program dan aktiviti senaman memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga peralatan. 

Namun, banyak juga aktiviti yang tidak perlukan peralatan, mahupun bayaran. Apa yang diperlukan adalah inisiatif untuk mengetahui akan aktiviti-aktiviti tesebut, dan ada komitmen yang tinggi.



Walaupun ada sahaja halangan, namun, terdapat pelbagai program senaman secara berkumpulan yang dinajurkan oleh pelbagai pihak, ianya mungkin lebih menyeronokkan. Tapi, diri sendiri juga perlulah berusaha untuk mencari akan apa aktiviti yang dijalankan di sekitar tempat tinggal.

Begitu juga dengan aspek kemudahan, yang menjadi alasan untuk tidak bersukan, memang tidak dapat dinafikan, ada sesetengah program dan aktiviti senaman memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga peralatan. 

Namun, banyak juga aktiviti yang tidak perlukan peralatan, mahupun bayaran. Apa yang diperlukan adalah inisiatif untuk mengetahui akan aktiviti-aktiviti tesebut, dan ada komitmen yang tinggi.



Setelah dapat mengatasi halangan tersebut, boleh teruskan kepada langkah seterunya, iaitu bagaimana untuk menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

1.Pilih aktiviti yang sesuai

Sememangnya jika memilih aktiviti yang di luar keupayaan, akan menyebabkan diri cenderung kepada menurunkan tahap motivasi dan keinginan untuk melakukannya.

Jadi, pilih aktiviti yang sesuai, sama ada dilakukan bersama kawan atau keluarga. Agar lebih menyeronokkan, dan tidak perlu untuk membataskan diri melakukan aktiviti yang boleh dipilih, sesuai dengan keupayaan diri.

2. Bersenam bersama keluarga dan rakan

Ada ketikanya kawan, atau keluarga boleh menjadi penghalang untuk bersenam, tetapi tidak dapat dinafikan juga mereka boleh memberi sokangan untuk maju ke hadapan. Jadi, sebaiknya bawa teman, atau keluarga dalam melakukan aktiviti senaman, dalam mencetuskan suasana yang lebih menyeronokkan, dan ianya kekal dilakukan.

3. Pelbagaikan aktiviti yang dilakukan

Jika buat aktiviti sama, sudah pasti bosan, jadikan ianya lebih menarik, dengan mempelbagaikan aktiviti sesuai dengan keupayaan diri.

4. Tetapkan masa untuk bersenam

Masa sering menjadi penghalang untuk bersenam, kerana kesibukan dengan kerja lain, tapi urus masa dengan sebaik mungkin. Tetapkan bila mahu melakukan aktiviti, dan pastikan setiap hari mampu melakukan aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan, sebagai rutin peribadi.

5. Jangan bersenam dalam keadaan sakit

‘No pain, no gain’, bukanlah satu frasa yang baik, lebih-lebih lagi jika baru berjinak untuk menjadikan tabiat senaman sebagai rutin harian. Ini kerana, kita pasti akan berasa sakit, sekiranya baru sahaja melakukan aktiviti tersebut. Jadi, rehatkan diri, sehingga kecederaan pulih sepenuhnya.

6.Tingkatkan pengetahuan berkenaan aspek senaman

Jika tidak tahu, kita seharusnya mencari inisiatif untuk mendalami ilmu ini. Banyak sudah yang dikongsikan dalam internet, juga media sosial akan aktiviti senaman yang boleh dilakukan. Jadi, manfaatkannya dan pengetahuan itu boleh menyumbang kepada penglibatan aktiviti senaman yang lebih bersesuaian.

Moga-moga dengan perkongsian ini, tidak lagi menjadikan kita untuk memberi alasan dalam tidak bersenam, apa yang pentin ada usaha serta inisiatif untuk berubah, diri mesti kuat dan ada komitmen. 

Sumber: Sinar Harian

– Siakap Keli

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...