Thursday, 14 September 2017

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan



Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.

Melalui satu perkongsian Amylea Azizan yang merupakan peserta AF Megastar, dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebelum menyertai pertandingan rancangan realiti tersebut.

Beliau melalui Facebooknya mendedahkan cara pemakanan yang dilakukannya sehingga berjaya kurus sebelum menyertai AF Megastar.

Apa caranya? Jom kita baca.

As promised m gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 Kg to 53.0 Kg in 1 month. These are the pictures thru out my journey.

Jangan kecam sis bila tgk gambar gemok diam sudah ok! Haha This is my way and what i did for myself, saya tak paksa siapa2 untuk buat, kalau berminat nak cuba, cuba sebab saya terima banyak sanga permintaan untuk kongsi jadi saya kongsi, kalau ada yang lebih pakar mungkin boleh share gambar anda untuk turun 8kg sebulan baru saya percaya. Saya dah bertahun cuba macam2 tips! Ini saja yang berjaya. Tip penting! MAHU

Sy memang suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni saya tak gym langsung!

This is what i did

Hari Diet : from India food expert.
Telor rebus kosong 6 ( 3 biji pagi & 3 biji tengahari)
Green Tea kosong 5 ( 1 uncang 1 mug,
Breakfast/ lunch/ high tea/ dinner & sebelum bedtime atleast sejam sebelum)
Epal 2 biji / apa jenis apple pun boleh ( 1 biji tengahari & 1 biji petang)
Oat kosong 1 / kekacang kosong ( malam )
* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*

1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg

You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.

Hari Biasa:

Brown rice separuh genggam
Virgin coconut oil( kalau goreng telor)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong ( wajib)

Cheat day:

Atkins ( lauk saja apa2, ayam goreng ke apa but no more than 1000 kalori) kebiasaannya saya makan sehari sekali je kalau cheat day sebab dah cukup.

Ice cream ( dark chocolate)

Tapi tetap tiada air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada air mineral bersama walau ke mana pegi.

Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari then back to hari biasa.

Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea.

After u do this u changed ur habit & akan rasa sgt selesa. No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.

Okay good luck! I am still in my journey lagi 6Kg! Wish me well!.

Perubahannya dibawah berlaku kepadanya dalam masa sebulan.















Wednesday, 13 September 2017

Tak Boleh Tidur Hantu Kacau," Pelajar Berjaya Rakam Suara Seram Menangis Di Rumah Sewanya



“Sana tak boleh tido hantu kacau,” aku tak sedap hati dah.. Iskandar Zain seorang pelajar telah berkongsi pengalaman seramnya di ganggu oleh makhluk halus di rumah sewanya dalam beberapa malam berturut-turut. Iskandar telah membuat perkongsian menerusi akaun Twitter miliknya semalam. Pengalaman seramnya itu telah mendapat 18,236 perkongsian dari netizen.

Dia juga sempat merakamkan tangisan suara makhluk tersebut. Seram beb! Siapa tak kuat sila jangan cuba-cuba nak dengar yer.







"tuk tuk tuk" dia ketuk pintu, baling kaca







Dia dah pandai flash tandas, siram air dari bilik belakang.









Sumber- Iskandar Zaidi

Thursday, 3 August 2017

Penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu Tergendala, Afifah Nasir Hilangkan Diri



Artis Aliff Aziz meminta aktres Afifah Nasir untuk bersikap profesional meneruskan penggambaran drama yang dibintangi mereka berdua yang terpaksa ditangguh gara-gara dia ditahan polis.

Aliff, 26, menjelaskan, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi tetapi tidak  dapat diteruskan kerana ketiadaan  Afifah.

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," ujarnya

Penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura ini juga dimintaa untuk mengulas lebih lanjut mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu 'kantoi' dengan Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Menurut Aliff, pihak produksi memaklumkan Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi keesokan harinya namun tetap juga tidak memunculkan diri.

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," akhirnya.

Selepas Anabelle, Tular Pula Gambar Rakaman CCTV Dakwa Lembaga Putih Berbungkus Muncul Di Stesen MRT



Semalam kita disajikan dengan kisah patung Anabelle yang telah 'muncul' di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Ia kononnya muncul sebagai penjaga dan peringatan kepada pengguna MRT agar tidak 'buat hal' seperti telah berlaku sebelum ini di mana baru beberapa hari beroperasi MRT telah menjadi mangsa vandalism selain beberapa kes penumpang melakukan perkara tidak sepatutnya di dalam MRT.

Itu semalam, patung Anabelle memang sengaja diletakkan oleh pihak Rapid KL sendiri, tetapi terbaru tular pula beberapa keping gambar yang mendakwa kelibat lembaga berwarna putih berbungkus didakwa pocong telah muncul di Stesen MRT Cheras.

Gambar kelibat pocong itu dikatakan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kini tular Facebook, Twitter dan beberapa group aplikasi Whatsapp.


Kerana gambar itu ada di kalangan netizen melahirkan rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren itu pada waktu malam bimbang terserempak atau diganggu lembaga itu.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej itu telah disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.


Apapun, gambar tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya selain tarikh dan dan lokasi sebenar belum berjaya dibuktikan.

Ada netizen menyatakan, gambar itu mungkin telah disunting atau telah diedit menggunakan aplikasi telefon dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakutkan orang ramai.


Ini kerana hasil pemerhatian kami, ternyata corak lantainya berbeza antara corak lantai di stesen MRT dengan di dalam gambar tular dan gambar di dalam gambar sama dengan gambar di bawah.

Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya



Ramai yang berminat untuk memakai ‘braces’ yang mana jika dilihat boleh menambahkan lagi daya penarik pada diri, dan disebabkan itu, pendedahan mengenai pemakaian ‘braces’ harus difahami dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, ada juga yang cuba untuk memakai ‘teeth aligner’, yang mana ia juga seakan-akan pendakap gigi, tetapi tidak kekal, dan selalunya hanya dipakai pada waktu malam.

Tapi, adakah ‘teeth aligner’ ini betul-betul boleh membuatkan gigi menjadi lebih teratur dan adakah ia benar-benar selamat untuk dipakai?

Sebelum anda buat keputusan untuk cuba memakai ‘teeth aligner’ ini, baca dahulu penjelasan dari seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali ini mengenai ‘teeth aligner’.


Soalan:

Salam doktor. Boleh ulas tentang 'teeth aligner' atau 'teeth trainer'? Saya banyak tengok ia banyak dijual di Instagram dan Facebook. saya jadi tertarik untuk mencuba. Harganya pun murah. Adakah ia benar-benar berkesan?

Jawapan:

PENGENALAN



Aplians ini digunakan untuk memastikan susunan gigi menjadi teratur ketika dalam peringkat pertumbuhan gigi.

Mayofunctional Research Co (MRC) yang berpangkalan di Australia antara pengeluar terbesar alat ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Mereka mencipta pelbagai jenis aplians dan setiap aplians adalah berbeza mengikut umur dan peringkat pertumbuhan gigi seperti gigi susu, gigi bercampur (gigi susu dan gigi kekal – mixed dentition) dan di peringkat awal gigi kekal.

Setiap aplians juga digunakan secara berperingkat /fasa, contohnya Trainer System (^TM) ada 2 fasa dan Myobrace (^TM) ada 3 fasa. Sama ada perlu melalui kesemua fasa ini akan ditentukan oleh doktor gigi yang terlatih menggunakan produk ini.

APA MASALAH TEETH ALIGNER YANG DIJUAL ONLINE?

1. Banyak jual

Tidak dinafikan produk ini memang banyak dijual di atas talian termasuklah Amazon dan Ebay.

2. Label

Terdapat label De sa Dental USA menggambarkan alat ini datangnya daripada Amerika Syarikat. Jika anda buat carian di Google, tidak ada entiti ini. Label ini juga hanya akan membawa anda kepada produk ini sahaja di dalam jualan-jualan online. Jadi, De sa Dental USA ini apa?

3. Beli borong 

Produk ini juga dibeli secara bundle sebelum dijual kepada orang awam. Dari mana mereka mendapatkan bekalan ini? Online jugakah atau ada syarikat yang menawarkan pembelian secara borong?


4. Harga 

Harga yang ditawarkan untuk satu aplians ini hanya RM30. Sedangkan jika anda masuk ke laman web MRC ini, di dalam segmen soal jawab (FAQs), harganya adalah lebih kurang sama dengan braces, bergantung kepada rawatan yang diperlukan.

Daripada bahan apa barangan ini diperbuat dengan harga begitu? Dengan harga serendah ini, adakah produk ini benar-benar memberikan kesan yang baik kepada susunan gigi?

5. Siapa yang boleh guna alat ini?

 Seperti yang dinyatakan, aplians ini ada dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut peringkat pertumbuhan gigi. Ada untuk seawal gigi kekal pertama tumbuh, sehinggalah ke peringkat remaja.

Memang ada Trainer for Adult (T4A) – jika ditafsirkan ke dalam Bahasa Melayu ia membawa makna untuk orang dewasa. Rupa dan bentuk T4A ini sama seperti yang dijual online. Tetapi yang dimaksudkan ialah untuk pesakit berumur 12 hingga 15 tahun, di mana waktu itu kebanyakan remaja sudah tumbuh kesemua gigi kekal (tidak termasuk gigi bongsu).

Bagi pesakit yang berumur 15 tahun ke atas, MRC ada menyatakan rawatan menggunakan aplians ini agak sukar. Ini kerana tabiat yang menyebabkan susunan gigi menjadi tidak teratur seperti bernafas melalui mulut sukar untuk diubah.


6. Kesan

Setakat ini hanya ada testimoni daripada Whatsapp/Telegram sahaja tentang keberkesanan penggunaan alat ini yang dijual atas talian.

Screenshot seperti “baru pakai seminggu, gigi sudah bergerak sikit” dan “rasa macam ada perubahan” digunakan sebagai asas untuk menunjukkan kesan baik penggunaan aplians ini. Selepas itu tidak ada pula ditunjukkan apakah kesan akhir menggunakan produk ini sama ada menjadi semakin teratur susunan gigi atau semakin teruk.

JIka benar ada orang yang berjaya mencantikkan giginya menggunakan produk ini yang dibeli secara online, tunjukkan mukanya dan bagitahu siapa namanya. Sekadar tunjuk susunan gigi yang cantik, nampak sangat membohong. Entah dari mulut orang yang sama atau tidak.

7. Pemeriksaan dan seliaan

MRC sendiri bukan terus mencadangkan penggunaan aplians ini seolah-olah boleh beli di kedai-kedai. Sebaliknya perlu menjalani penyiasatan radiograf dan dinilai oleh doktor gigi terlebih dahulu untuk merancang apakah rawatan yang diperlukan.

Selepas memakai aplians ini, perlu ada temujanji susulan untuk melihat sebarang perubahan.

Ada pesakit yang perlu memakai dua atau lebih aplians bergantung kepada penilaian doktor gigi. Selepas selesai satu peringkat, adakah perlu memakai aplians lain, juga bergantung kepada penilaian akhir doktor gigi.

JIka pembeli sekadar membeli online, siapa yang akan menyelia perubahan dan perkembangan gigi anda? Sekadar rasa ada perubahan cukupkah?

8. Bukan untuk orang dewasa

Alat ini digunakan ketika gigi-gigi sedang tumbuh keluar. Gigi akan tumbuh keluar ke posisi yang dikehendaki apabila memakai produk ini. Sebagai orang dewasa, gigi semua sudah tumbuh keluar dan tidak bergerak lagi, bagaimana alat ini membantu membetulkan semula susunan gigi?

Sedangkan pengeluar sendiri tidak cadangkan penggunaannya 
untuk mereka yang berusia lebih 15 tahun, bagaimana penjual online ini boleh claim produk yang mereka jual boleh digunakan untuk orang dewasa? Asas dan pembuktian dari mana?

KESIMPULAN

Masih belum terlambat untuk anda membatalkan niat membeli produk ini. Membeli-belah secara online tidak salah tetapi elakkan daripada membeli barangan yang boleh memudaratkan anda seperti ‘teeth aligner’ ini.

Konsultasi di klinik gigi kerajaan hanya RM1 dan anda bebas untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan gigi anda.

Anda diperiksa oleh professional dan bertauliah, 
bukan penjual online yang hanya mengaut keuntungan mudah.
RM30 memang nampak murah, tapi tidak untuk membahayakan diri anda. Semoga bermanfaat.

Rujukan:



(VIDEO) Dia Sendiri Dah Terbaring Nak Bersalin, Doktor Ini Sanggup Bangun Bantu Pesakit Wanita Sebelahnya Nak Bersalin



Meskipun dirinya sedang menunggu masa untuk melahirkan, seorang doktor dari Frankfort, Kentucky didapati membantu seorang pesakit wanita lain yang sedang bertarung nyawa kerana hampir melahirkan.

Dr. Amanda Hess merupakan seorang doktor bidan yang sering membantu para wanita yang ingin melahirkan. Oleh itu, ketika dia sedang bersiap sedia untuk melahirkan anak dalam kandungannya, dia terpanggil untuk membantu wanita lain yang bakal melahirkan di bilik bersalin di Hospital Frankfort.

"Saya sentiasa serius dengan kerja saya, saya gemar menjaga ibu yang bersalin dan bayi mereka. Sebagai seorang doktor, saya juga sentiasa memikirkan tentang pesakit saya meskipun pada saat itu saya juga seorang pesakit," ujar Dr.Hess.

Pada waktu tersebut, pesakit wanita yang ingin melahirkan, Leah Halliday Johnson sedang menjerit kesakitan sementara menunggu doktor bertugas yang sedang dalam perjalanan ke hospital setelah pulang dari bercuti. Tanpa membuang masa, Dr.Hess dikatakan turun padang bagi memudahkan proses bersalin wanita itu.

"Saya terus memakai sehelai gaun yang lain untuk menutupi belakang tubuh saya dan menyarung kasut but bagi mengelak terkena sebarang cecair. Sebaik sahaja saya memasuki bilik itu, saya kenal dengan pesakit tersebut. Dia merupakan pesakit yang sering saya rawat ketika mengandung, jelasnya.

"Saya terus membantunya melahirkan tanpa membuang masa," ujar Dr.Hess

Setelah selesai membantu Johnson melahirkan bayi, Dr.Hess pula melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ellen Joyce.

"Boleh Buat Timbang Taik Hidung Ni," Antara Komen Lawak Netizen Selepas Wanita Tersalah Beli Penimbang Berat Badan Di Lazada



Pasti ramai antara kita pernah membeli barangan secara atas talian, dalam ramai-ramai mesti ada antara kita yang mempunyai pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupan dalam berurusan secara atas talian ini.

Ada yang kena tipu, ada yang tidak order barang lain sampai barang lain, apa yang menarik adalah sale, ada nak cepat atau teruja dengan sale sampai terlupa baca apa yang ditulis sampai habis.

Sebuah kisah yang agak menghiburkan dan lawak baru berlaku hari ini yang dikongsikan oleh Puan Anna Fuzzana Ridduan di laman Facebooknya dengan mood feeling nak kurussssss, dia yang ingin membeli penimbang berat begitu teruja melihat ada potongan harga dan begitu di Lazada.

Penimbang berat itu hanya berharga RM12, melihat harga itu, dia terus membeli tanpa berfikir panjang kerana pengalam admin sendiri, Lazada kalau dia buat promosi memang betul-betul murah walaupun barang berharga ribuan ringgit.

Tapi selepas beberapa hari order, abang Lazada pun sampai nak hantar barang, tapi apa yang sampai buat admin yang terbaca tulisan beliau pun tergelak terbahak-bahak.







Rupanya kerana terlalu teruja dengan harga murah itu, sampai dia terlupa baca penerangan produk yang jelas terpapar "Dolls House Miniature Decoration Accessory Weigh Scale Toy Pink," dan dia mengakui salah dia sebab tak baca betul-betul yang menyatakan penimbang berat itu hanyalah mainan semata-mata.

Berikut adalah penerangan pada gambar produk berkenaan.



Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pihak Lazada, sebaliknya mengakui salahnya sendiri kerana baca tidak habis, berikut adalah komen netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah ini,





adi, kepada korang kat luar sana nak beli barang secara atas talian, baca bagi habis dulu, jangan tengok murah terus je beli.

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...