Thursday, 3 August 2017

(VIDEO) Dia Sendiri Dah Terbaring Nak Bersalin, Doktor Ini Sanggup Bangun Bantu Pesakit Wanita Sebelahnya Nak Bersalin



Meskipun dirinya sedang menunggu masa untuk melahirkan, seorang doktor dari Frankfort, Kentucky didapati membantu seorang pesakit wanita lain yang sedang bertarung nyawa kerana hampir melahirkan.

Dr. Amanda Hess merupakan seorang doktor bidan yang sering membantu para wanita yang ingin melahirkan. Oleh itu, ketika dia sedang bersiap sedia untuk melahirkan anak dalam kandungannya, dia terpanggil untuk membantu wanita lain yang bakal melahirkan di bilik bersalin di Hospital Frankfort.

"Saya sentiasa serius dengan kerja saya, saya gemar menjaga ibu yang bersalin dan bayi mereka. Sebagai seorang doktor, saya juga sentiasa memikirkan tentang pesakit saya meskipun pada saat itu saya juga seorang pesakit," ujar Dr.Hess.

Pada waktu tersebut, pesakit wanita yang ingin melahirkan, Leah Halliday Johnson sedang menjerit kesakitan sementara menunggu doktor bertugas yang sedang dalam perjalanan ke hospital setelah pulang dari bercuti. Tanpa membuang masa, Dr.Hess dikatakan turun padang bagi memudahkan proses bersalin wanita itu.

"Saya terus memakai sehelai gaun yang lain untuk menutupi belakang tubuh saya dan menyarung kasut but bagi mengelak terkena sebarang cecair. Sebaik sahaja saya memasuki bilik itu, saya kenal dengan pesakit tersebut. Dia merupakan pesakit yang sering saya rawat ketika mengandung, jelasnya.

"Saya terus membantunya melahirkan tanpa membuang masa," ujar Dr.Hess

Setelah selesai membantu Johnson melahirkan bayi, Dr.Hess pula melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ellen Joyce.

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...