Sejak kembali solo 7 April lalu, saham Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida kembali melambung apabila ramai lelaki cuba menghimpitnya. Dengan status dan kekayaan yang dimiliki, tak pelik jika ada yang berbuat demikian. Pelbagai saluran digunakan termasuk menerusi mesej langsung laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Malah yang paling melucukan, ada mesej berbaur iklan mencari jodoh baru yang menjadi tular di laman maya dan diperkatakan netizen. Jodoh yang dimaksudkan itu ialah Vida sendiri atau nama sebenarnya Hasmizah Othman. Wanita berusia 46 tahun itu tidak terlalu mengambil pusing mengenai mesej berkenaan.
Mesej itu berbunyi “Siapa nak jadi kaya, banyak duit, jadi jutawan, saya ada tips mudah dan cepat. Ia bukan skim cepat kaya dan bukan juga perniagaan multi level marketing (MLM). Tak perlu jual produk dan mencari ‘downline’. Siapa berminat ikutilah cara ini. hanya perlu bersabar dan tunggu tiga bulan sahaja. Lepas tiga bulan habis edah, cepat cepat pinang Datuk Seri Vida. Alhamdulillah mujur ada Pamoga!,”
“Macam-macam cara mereka nak tarik perhatian saya. Mesej iklan itu pun menggeletek hati saya.
“Saya belum fikir lagi soal pengganti. Saya tak layan pun mesej yang dihantar lelaki. Saya tak mahu terus melayan dengan hal sebegini kerana apa yang paling utama sekarang ialah tumpuan kepada keluarga tersayang dan perniagaan yang ingin terus dimajukan.
“Apa yang berlalu itu biarlah terus berlalu. Saya kena ceria walaupun hakikatnya bukan senang untuk ‘move on’,” tuturnya yang baru-baru ini dilantik sebagai Ratu Tonton.
Sejak berpisah dengan bekas suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, Vida lebih banyak memerap di rumah. Namun penampilannya pada ulang tahun pertama servis penstriman terkenal, Tonton di Petaling Jaya baru baru ini menjadi kemunculan pertamanya bertemu ramai orang.
“Selepas ‘ribut taufan melanda’ (kes perceraiannya) inilah kali pertama saya muncul dalam majlis membabitkan ramai orang. Saya lebih banyak berkurung di dalam rumah sebelum ini. Ia macam tempoh saya ‘berkabung’. Kehidupan tetap kena diteruskan,” katanya.
Personaliti terkenal itu sah bercerai talak satu dengan Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh tanggal 7 April lalu.
No comments:
Post a Comment