Tuesday, 25 April 2017

Selepas Single, Buku 99 Kata-Kata #QalifModen, Kini Fattah Amin Hasilkan Novel Pula










Nampaknya apa sahaja yang berkaitan Fattah Amin mampu menarik perhatian ramai dan mengaut keuntungan. Jadi tidak hairan ada sahaja pihak yang bijak mengambil kesempatan yang ada terhadap populariti yang diraih pemenang besar Anugerah MeleTOP ERA 2017 baru baru ini.
Rojak Daily Kaw! dapat tahu bintang drama Suri Hati Mr Pilot siaran Astro itu bakal melancarkan novel berjudul Wanita Terakhir Sabtu ini di PWTC Sabtu ini.
Umum juga tahu lagu ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan itu ditujukan kepada teman akrabnya Neelofa yang suatu ketika dahulu pernah dikatakan bertakhta di hatinya. Kedua duanya dikatakan menjalinkan cinta lokasi selepas bergandingan dengan drama fenomena arahan Michael Ang itu.
"Novel itu kira adaptasi daripada lagu single dengan judul sama saya lancarkan awal tahun lalu.
"Seperti mana lagu Wanita Terakhir menjadi buah tangan untuk peminat termasuk Lofattah (gabungan peminat Neelofa dan Fattah), saya juga harap novel ini akan terus menjadi kesinambungan sokongan mereka yang tak pernah berbelah bahagi.
"Tanpa peminat, siapalah saya. Kejayaan besar saya takkan hadir tanpa sokongan mereka, keluarga, pihak pengurusan dan rakan media.
"Semoga kehadiran novel ini akan mendapat sokongan ramai," katanya yang ketika ini sedang di lokasi penggambaran drama Hero Seorang Cinderella bergandingan dengan Nur Fazura.
Sebelum novel itu, jika masih ada yang ingat, Fattah pernah mengundang kontroversi dan sensasi selepas mengeluarkan buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin. Buku itu yang menjadi tular dan dikecam kerana kandungannya tetapi tetap menjadi best seller.
Mengenai pembabitannya dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fattah mula mencipta keserasian di lokasi dengan Nur Fazura.
"Awalnya memang kekok, tetapi sekarang sudah okey," kata Fattah optimis.
Fattah dalam pada itu bersyukur di atas kejayaan besarnya di Anugerah MeleTOP ERA 2017.
Dia diumumkan pemenang Anugerah Fesyen Meletop Era, Anugerah Bintang Online Meletop Era, Anugerah Pelakon TV Meletop Era, Anugerah Drama TV Meletop Era dan Anugerah Bintang Top Top Meletop Era.
"Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaNya.
"Terima kasih Allah atas aturanMu.
Sungguh saya tidak berharap namun tidak sangka begini sekali hasil sokongan dari rakan media yang tanpa jemu memberikan saya ruang untuk berjaya. Hanya Allah jua yang membalas jasa dan budi baik kalian," katanya.

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...