Monday, 19 June 2017

(Gambar) Anak Gajah Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Lebuhraya Gerik-Jeli



Seekor anak gajah dianggarkan berusia dua tahun telah ditemui mati dan berlumuran darah di tepi jalan Lebuhraya Gerik-Jeli di Gerik, lapor The Star.

Pengarah PERHILITAN Perak, Loo Kean Seong berkata, anak gajah berkenaan telah ditemui kira-kira jam 7 pagi pada Jumaat lalu.

"Walaupun kejadian seperti ini jarang terjadi, diingatkan pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu di lebuhraya ini."

"Kami telah pun mendirikan papan tanda di sepanjang lebuhraya untuk memberitahu pengguna jalan raya bahawa kawasan berkenaan adalah kawasan lintasan gajah, jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab, terutamanya apabila mereka memandu lewat malam atau awal pagi," kata Loo.





Beliau turut menggesa pangguna jalanraya jika terlanggar atau terjumpa sebarang kejadian kemalangan melibatkan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir atau harimau bintang, laporkan terus kepada pihak Perhilitan.

"Ianya adalah supaya sekurang-kurangnya pihak perhilitan boleh menyiasat dan mengebumikan bangkai bukannya meninggalkan ia reput di tepi jalan," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber gambar: Alicia Solana MenaJain Mahmud II

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...