
Kuala Lumpur: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz membuat penafian terhadap dakwaan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad perniagaan untuk isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.
Sebelum ini, kad terbabit menjadi viral di media sosial Twitter dan juga Facebook.
Kad tersebut memaparkan nama Datin Seri Haflin S, yang tertulis jawatan sebagai 'Isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia" selain lengkap dengan alamat Putrajaya.
MStar Online melaporkan, Nazri berkata kementeriannya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kad perniagaan kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.
"Dia tidak bekerja untuk kementerian. Ia adalah palsu.
"Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami," katanya ketika dihubungi The Star.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment