Monday, 19 June 2017

Mudahkan Pencarian Arah Kiblat Tidak Kira Berada Di Mana Sahaja, ‘Qibla Finder’ Boleh Digunakan Dengan Telefon Pintar



Banyak sahaja aplikasi yang boleh digunakan dan dimuat turun dalam teelfon pintar yang mana memudahkan kehidupan seharian, dari membantu perjalanan, aplikasi al_quran, sehingga yang terkini, adalah aplikasi Qiblat Finder.

Qiblat Finder adalah satu aplikasi dari Google, yang mana membantu kita dalam mencari arah kiblat, dan ianya adalah berdasarkan tempat di mana kita berada.

Qibla Finder

Best apps Qiblafinder with Google ni wei, rasa confident dengan arah kiblat sebab dia guna teknologi augmented reality (AR). Hala terus straight kat Kaabah dari lokasi kita dengan jarak sekali. Kalau pegi travel senang guna ni je. Mudah dan tepat insyaAllah.

Tak payah download, klik link then buka terus guna browser je. Cuba try check kiblat kat tempat korang.

Klik Link: Qiblat Finder

Update cara guna:

1. Klik link. Aplikasi akan dibuka melalui browser.
2. Klik Let's Go. Boleh pilih bahasa melayu jugak, Jom katanya.
3. Pilih lokasi anda berdasarkan map. Boleh taip lokasi anda di ruangan search. Gerakkan screen untuk tetapkan lokasi anda dengan tepat. Klik  untuk teruskan.
4. Arah dan jarak Kaabah di Masjidil Haram Makkah akan dipaparkan. Halakan kamera phone ke arah ikon Kaabah yang ditunjukkan.
5. Arah Kiblat disahkan.

Nota:

Mungkin phone model lama atau spec rendah tidak support apps ini. Apps ini untuk phone yang ada sensor kompas sahaja.
Kompas perlu dicalibrate bagi memastikan bacaan yang tepat.
Google cakap apps ini dibuat untuk android. Jadi mungkin kurang compatible bagi iphone.
Casing phone yang mempunyai bahan besi boleh menyebabkan bacaan kurang tepat sebab mempengaruhi kompas.

Sumber: Muhammad Mt

- Siakap Keli

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...