Monday, 19 June 2017

Suspek Larikan Diri Dari Tahanan Berjaya Diberkas Semula, Dipercayai Cuba Merogol Seorang Wanita Lain Pula Pagi Ini



Seorang suspek kes samun dan rogol yang terlepas dari tahanan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara petang semalam telah berjaya diberkas semula di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, 7 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Suspek yang merupakan seorang warga Indonesia berusia 27 tahun telah ditahan pada 7 Jun lalu selepas dipercayai telah menyamun dan merogol seorang suri rumah di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Semalam dia dilaporan telah melarikan diri melalui tandas IPD Klang Utara, kira -kira 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek berpura-pura mahu membuang air namun dia mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu.

"Siasatan polis mendapati suspek mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang bagi melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.

"Berikutan itu, polis mengadakan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan akhirnya suspek ditemui bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, 7 pagi tadi," katanya.



Beliau juga mendedahkan yang suspek juga dipercayai cuba merogol seorang wanita lain pula di kawasan Kampung Baru Hicom sebelum ditahan polis awal pagi ini.

"Ketika ditahan, ada penduduk kampung menyatakan suspek cuba merogol adik perempuannya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Suspek dan rakannya sepatutnya dituduh di mahkamah pada hari ini, tetapi disebabkan kes ini, kita akan tuduh mereka dalam masa terdekat," katanya.

Pada 7 Jun lalu, suspek dipercayai merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika dia dan dua lagi rakannya memecah masuk sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Bagaimanapun, menerusi operasi khas IPD Klang Utara, suspek dan rakannya berjaya ditangkap di Plaza Tol Grand Shapadu, Klang, pada 13 Jun lalu. 

Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...