Thursday, 22 June 2017

Tulis Status Sindiran “Berdrama Cinta Lokasi”, Remy Ishak Diperli Kembali Oleh Netizen

Sekiranya anda peminat dunia hiburan tanah air, sudah pasti anda mengetahui kisah cinta lokasi yang paling hangat sekarang ini. Tak lain tak bukan ia adalah di antara Fattah Amin dan Nur Fazura. Kedua-duanya berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Tak kisahlah sama ada mereka benar-benar bercinta ataupun tidak, setidak-tidaknya “cinta lokasi” ini menghangatkan dan menaikkan “rating” drama tersebut.

remy ishak

Baru-baru ini, Remy Ishak menerusi akaun Twitternya, telah menulis satu status yang menyindir para pelakon yang berdrama kononnya mereka bercinta lokasi. Tiada nama disebut di dalam status tersebut, namun rata-rata yang membaca status tersebut berpendapat yang Remy Ishak menyindir Fattah Amin dan Fazura.

remy ishak


Tambah menghangatkan lagi keadaan, status seterusnya oleh Remy Ishak telah menyebabkan netizen naik angin.

remy ishak

Akan tetapi, seperti biasa warga Twitter tidak pernah mengecewakan. Ramai yang membalas status Remy Ishak dan mengingatkan pelakon tersebut tentang peristiwa yang pernah terjadi terhadap dirinya satu ketika dahulu. Fuh!!! Memang pedas bila baca. Antara yang menarik:-

remy ishak

remy ishak

remy ishak

Kadangkala kita memang terlupa dengan sejarah hidup kita sendiri. Biasalah tue. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Hehehe. Bagi Abang Nara, cinta lokasi ini adalah satu teknik promosi yang biasa untuk melariskan drama/filem. Apatah lagi jika pelakon-pelakon yang terlibat memang bak pinang dibelah dua. Kalau mereka benar-benar bercinta selepas itu pun, apa salahnya kan? Apa pula pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...