Sunday, 18 June 2017

Video Menyayat Hati Abang Enggan Tinggalkan Adiknya Berjauhan Selepas 'Ditinggalkan Oleh Ibu' di Tepi Jalan



Video menyayat hati memaparkan seorang bayi ditinggalkan bersendirian di dalam bekas air tin bersama-sama dengan abangnya di Vietnam.

Penduduk tempatan yang ternampak kedua-dua mereka cepat-cepat membungkus bayi itu di dalam selimut. Abang kepada bayi terbabit, yang berusia enam tahun, dijumpai sedang duduk di atas tanah sambil menangis.



bu kepada kedua-dua adik beradik itu meletakkan mereka disitu pada jam 5 pagi dan berkata dia akan datang mengambil selepas membeli petrol di seberang jalan, namun tidak muncul kembali.

Kini, pihak berkuasa sedang mencari ibu bapa kepada kanak-kanak dan bayi yang berusia dua bulan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Thu Duc Youth Village, Nguyen Thi Hong Chau berkata: "Seorang budak lelaki enam tahun dilihat berada dalam keadaan panik sambil menangis bersama seorang bayi lelaki berusia dua bulan di dalam bekas plastik merah.

Budak lelaki itu mengingat kembali, ketika langit masih belum cerah, ibu mereka yang bermotosikal telah meletakkan mereka di tebpi jalan. Dia memberitahu mereka bahawa dia mahu mengisi minyak, tapi tidak muncul semula.


No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...