Thursday, 13 July 2017

9 September Dipilih Tarikh Baru Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong


Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini bersetuju untuk memilih 9 September(Sabtu) sebagai tarikh baru untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 selepas dipinda sebelum ini, lapor Harian Metro.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini 29 Julai telah dipilih sebagai tarikh untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017," kata kenyataan itu. - Siakapkeli.my



Sumber: Siakap Keli

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...