Wednesday, 12 July 2017

Cara Nak Pastikan Anak-Anak Terselamat Dari Video Tidak Senonoh Ketika Tonton Youtube


YouTube - satu platform menonton video yang menjadi kesukaan ramai tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak.

Bagaimanapun, kebanyakan isi kandungan video di platform popular itu tidak ditapis, menjadikan ianya sebagai satu tempat yang berbahaya untuk kanak-kanak terutamanya bila digunakan tanpa kawalan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Cikgu Zafran, mendedahkan bahaya penggunaan servis itu setelah menemui pelbagai video tidak senonoh yang menggunakan nama karakter-karakter kartun popular tanah air bagi menarik minat golongan kecil.


Antara yang didedahkan oleh Cikgu Zafran termasuklah video kahwin, lahir anak, dan perkahwinan - yang langsung tidak berkaitan dengan kanak-kanak.

Bagaimanapun, YouTube telah menyediakan satu aplikasi khas bagi kanak-kanak ketika menonton YouTube yang bernama YouTube Kids.


Dengan aplikasi terbabit, video-video yang tidak senonoh telah pun ditapis, malah muzik-muzik video yang seksi juga diblok oleh aplikasi itu.

Malah, hasil carian terhadap perkataan-perkataan yang kurang 'mesra kanak-kanak' juga sudah siap-siap ditapis oleh YouTube Kids.




Selain dari aspek keselamatan, aplikasi itu juga lebih mesra kanak-kanak!

Untuk memuat turun aplikasi ini, ikuti pautan dibawah:

Android: Play Store
iOS: App Store

5minsentertainment

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...