Sunday, 9 July 2017

Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Tidak Lagi Rahsiakan Kemesraan Mereka?

Pada mulanya mungkin bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dan wanita yang digosipkan bercinta dengannya pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella malu untuk menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.
Namun, kini pasangan tersebut sudah semakin terbuka mengenai status hubungan mereka. Baru-baru ini, Engku Emran menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video hasil seni seorang lelaki yang menggunting sehelai kertas yang akhirnya membentuk imej seorang wanita.  Imej tersebut begitu mirip sekali dengan wajah Bella.
Bukan itu sahaja, Engku Emran juga ada memuat naik foto imejnya yang terbentuk juga daripada kertas dan turut “tagged” nama akaun Instagram Bella didalam  kapsyen yang ditulis.
Menghangtkan lagi gosip bahawa mereka benar-benar sedang bercinta ialah apabila Bella menerusi Insta Stories turut memuat naik foto imej seorang lelaki dan wanita yang jelas menunjukkan ia adalah Bella dan Engku Emran.
Sudah jelas nampaknya kemesraan antara Engku Emran dan Bella, malah mereka juga sudah lebih terbuka mengenai hubungan mereka bukan? Siapa tahu, mungkin selepas ini kedua-duanya akan memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...