Tuesday, 18 July 2017

Hantar ‘Location’ Dengan Hanya Goncang Telefon, Aplikasi Ini Bantu Dapatkan Bantuan Ketika Kecemasan


Sekiranya rasa diri seperti diekori seseorang, atau berada berdekatan dengan individu yang mencurigakan, pastinya persediaan untuk mempertahankan diri harus ada, lebih-lebih lagi buat wanita.


Jika cara yang dilakukan tidak berkesan, dan diri dibawa oleh penjenayah ke satu kawasan yang tidak diketahui dengan paksaan, tanpa dapat mempertahankan diri. Apatah lagi untuk membuat panggilan kecemasa dan menghantar mesej.

Apalah tindakan pantas yang boleh dilakukan tanpa diketahui oleh penjenayah?

Dengan kecanggihan teknologi dan banyak aplikasi telefon pintar yang ada, pastinya ada sesuatu yang boleh digunakan. Menurut perkongsian dari Salwani Ibrahim, aplikasi telefon pintar ini, mungkin boleh menyelamatkan anda ketika berada dalam situasi tidak diingini.

Jom kita lihat macam mana nak gunakan aplikasi tersebut.

APLIKASI KHAS UNTUK KESELAMATAN WANITA YANG KELUAR SEORANG DIRI.

Sekarang ni tengah hangat viral isu perempuan dirompak dekat parking kereta, yang cubaan raba dan rogol ditandas awam. 

Saya teringat yang saya ada install satu aplikasi ni, aplikasi ni sebenarnya disarankan oleh suami saya Faqimi Fauzi, hasben saya ni suruh saya pakai apps ni.. Terima kasih ye bang.. 

Fungsi utama aplikasi ni adalah untuk menyelamatkan korang disaat korang kecemasan atau diganggu oleh 'Pervert' di mana-mana tempat. Sangat-sangat membantu apabila korang didalam kecemasan

Nama apps ni Shake2Safety - Personal Safety. 

Apa yang bagusnya apps ni ialah, kita hanya perlu goncang/shake HP kita.. Dan seterusnya akan sampai satu mesej kepada no hp suami yang memberitahu lokasi terkini kita beserta link google maps beserta koordinat dengan tepat.

Boleh lihat dibawah cara nak install apps ni di telefon korang..

TOLONG #SHARE & #TAG kawan-kawan di post ni untuk membantu mereka di luar sana yang belum tahu kewujudan apps ni..

Terima Kasih!!

1. Korang boleh search di Google Play Store: Shake2Safety - Personal Safety. 

5minsentertainment

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...