
Kuala Lumpur, 5 Julai 2017 - Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook kerana menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan penangkapan itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
"Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap 'Catt Ginger' yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo".
Sebelum ini, orang ramai menggesa pihak polis agar menyiasat akaun Facebook 'Catt Ginger' yang memuat naik satu foto Yang di-Pertuan Agong yang memanipulasi gambar Agong di bahagian hidung.
Dalam pada itu, akaun Facebook terbabit juga telah dipadam.
No comments:
Post a Comment