Wednesday, 5 July 2017

Ketua Kumpulan Double Seven Malaysia Diberkas Polis



Foto hiasan.

KUALA LUMPUR, 5 Julai:
 Seorang individu berpangkat Datuk, yang juga merupakan ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) ditahan dalam serbuan Bukit Aman di Seremban malam semalam.

BH Online melaporkan, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan dalam Operasi Cantas oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme Bukit Aman (STAGG) kira-kira jam 9.45 malam Selasa.

Kata portal itu lagi, lelaki terbabit ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap selain turut dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah di Chenderiang, Perak pada 2011.

Hasil pemeriksaan polis mendapati lelaki terbabit turut mempunyai beberapa tatu di badan dan lengannya yang menunjukkan simbol kumpulan kongsi gelap.

Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat STAGG untuk tindakan lanjut.

-5minsentertainment

Sumber: BH Online

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...