Thursday, 13 July 2017
Lelaki Terperangkap Dalam Bilik Mesin ATM, Hulur Nota Minta Tolong Menerusi Slot Resit di Mesin Itu
Texas - Dalam satu kejadian yang sangat jarang (mungkin tidak pernah) berlaku, seorang kontraktor mesin ATM terperangkap di dalam bilik mesin itu selepas secara tidak sengaja terkunci dirinya dari dalam bilik berkenaan, kata polis Corpus Christi.
Menurut Kris6News, lelaki berkenaan cuba menukar kunci yang bermasalah di dalam bilik yang bersambung dengan mesin ATM berkenaan.
Dengan hanya beberapa pilihan untuk keluar, lelaki itu terfikir idea yang agak bijak - iaitu dengan menyelitkan nota pertolongan menerusi slot resit di msin ATM berkenaan kepada orang ramai yang mengeluarkan duit.
"Tolong, saya terperangkap di dalam ini, dan saya tidak membawa telefon. Tolong telefon bos saya," tulis nota terbabit.
Pegawai polis dipanggil dan terpaksa menendang pintu bilik itu untuk menyelamatkan kontraktor terbabit.
Tidak dapat dipastikan berapa lama dia terperangkap bersama mesin itu tetapi pegawai senior Richard Olden menyifatkan kejadian itu sebagai sangat pelik dan sangat jarang berlaku.
"Semua orang okay, tetapi kamu mungkin tidak akan dapat melihat kejadian seumpama ini berlaku lagi. Ianya sangat gila," katanya.
5minsentertainment
Sumber: ABC News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan
Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...
-
Mertua atau mentua? Yang mana satu yang betul? Banyak penulisan-penulisan dan media berbahasa Melayu yang kita lihat menggunakan perkataan...
-
Ada sorang anak pak haji membeli loteri.. Mulanya dikecam tetapi apabila menang? Hahaha jom layan perbualan whatsapp di bawah ni :- ...
-
Sudah tak lama nak raya inikan, sudah pasti ramai mereka diluar sana terutamanya perempuan sedang berkira-kira hendak kemas rumah sempena ...


No comments:
Post a Comment