Thursday, 27 July 2017

Murid Parah Dalam Kejadian Langgar Lari, Ibu Saudara Dakwa Pemandu Bersembunyi Di Rumah Dan Anggap Kejadian Perkara Kecil



Seorang budak lelaki cedera parah apabila mengalami pendarahan di kepala dan tengkorak retak pada bahagian matanya  setelah dilanggar lari oleh seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab di Banting semalam.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jugra itu hendak melintas jalan setelah pulang dari sekolah kira-kira jam 6 petang sebelum dilanggar sebuah kenderaan pancuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu dikatakan tidak berhenti dan terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

Ibu saudara mangsa, Zurita Abdul Hamid, memberi kenyataan melalui laman facebooknya mengenai keadaan anak buahnya.



"Sekarang anak saudara saya masih berada di zon merah di hospital. Terdapat pendarahan di kepala dan bahagian tengkorak di kawasan matanya retak," kata Zurita Abdul Hamid.

Tambah wanita itu lagi, laporan polis berhubung insiden ini telah pun dibuat dan difahamkan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu kini telah dikenal pasti.

“Laporan polis telah dibuat dan kereta Hilux yang langgar lari itu pun sudah dikesan. Cuma saya rasa terkilan kepada pemandu berkenaan yang menganggap hal ini perkara kecil

“Langgar lari satu hal, lepas tu ibu bapa si pemandu berkenaan pula cuba menyorokkan anak mereka dalam rumah. Tak bermakna awak berada awak boleh buat sesuka hati,”tambahnya lagi.



Mangsa kini di rawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan mungkin akan dihantar ke Hospital Sungai Buluh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber - Zurita Abdul Hamid

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...