Thursday, 20 July 2017

Orang Ramai Berpeluang Lihat Gerhana Bulan Separa Selama 5 Jam Pada 7 Ogos Ini



KUALA LUMPUR - Orang ramai di negeri ini bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama lima jam pada 7 Ogos ini yang akan bermula pada 11.50 malam sehingga 4.50 pagi keesokan harinya.

Agensi Angkasa Negara berkata mereka yang mahu melihat fenomena itu secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.

"Gerhana akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra. Gerhana berada pada tahap maksima pada pukul 2.20 pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan terlindung oleh bumi.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan gerhana bulan separa ialah pada 9 Mac tahun lepas.

5minsentertainment

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...