Sunday, 2 July 2017

Pengorbanan: Bapa 'Pandu' Anaknya ke Sekolah Setiap Hari Dengan Kerusi Roda



Beberapa keping foto yang merakamkan detik seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah biarpun berkerusi roda dikongsi oleh ramai netizen seterusnya mendatangkan sebak kepada pembaca alam maya itu.

Cerita yang dikongsi oleh Fron Row Facebook page itu mengisahkan tentang Tatay Alenjandro yang sanggup berpeluh menghantar anak yang berusia 7 tahun setiap hari ke sekolah - biarpun dia cuma berkerusi roda, dan Tatay tidak kisah dengan kelelahan yang terpaksa dihadapinya setiap hari menghadap jalan raya.

Tatay membawa anaknya itu dengan meriba hingga ke sekolah.



Pengorbanan Tatay merupakan contoh yang jelas bahawa seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga.

Melihat pengorbanan Tatay, netizen menyifatkan beliau sebagai 'Father of the Year' kerana pengorbanan besar yang diberikannya.

Tatay berkata, tujuan dia berbuat sedemikian adalah kerana untuk menjimatkan duit tambang dan memastikan anaknya selamat setiap hari.

Tatay lumpuh sejak berusia lima tahun dan menganggap dirinya bertuah kerana boleh berkahwin dan mempunyai anak.

Sumber: KamiElite Readers

-Keep calm and give it 5 Minutes

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...