Tuesday, 11 July 2017

(TAKZIAH) Sedang Hamil 5 Bulan, Abby Abadi Keguguran

Hasrat selebriti Abby Abadi untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan anak yang sudah lima bulan didalam kandungannya meninggal dunia.
Berita sedih itu disampaikan oleh Abby sendiri menerusi akaun Instagramnya dan difahamkan beliau dimasukkan ke hospital hari ini bagi proses mengeluarkan janin.

Abby dan Faizal ataupun lebih dikenali sebagai Jai Ezzany mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015. Ini adalah kali kedua Abby mengalami keguguran. Sebelum ini, beliau pernah mengalami keguguran di Madinah ketika mengerjakan ibadah Umrah bersama Jai pada tahun lepas.

Takziah kami ucapkan kepada Abby dan suami. Semoga bertabah dengan ujian Allah SWT ini, pasti apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Jangan berputus asa, tidak mustahil satu hari nanti akan ada juga rezeki untuk menimang cahaya mata.

No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...