Thursday, 6 July 2017

Tips Mudah Nak Pilih Ikan Segar di Pasar Sebelum Beli



Seringkali menjadi masalah buat suri rumah dan atau suami yang ingin membeli ikan di pasar adalah 'adakah ikan yang ingin dibeli itu segar?'

Dah tentu setiap dari kita inginkan bahan mentah yang segar agar lebih enak dimakan dan lebih tahan lama tapi macam mana nak periksa sama ada ikan itu segar atau pun tidak.

Ikuti beberapa tips ini untuk menyenang proses memeriksa:

1 - Isi melantun balik apabila ditolak.


Ikan yang segar akan kelihatan segar. Itu peraturan pertama yang boleh anda turuti. Dan apabila ditolak menggunakan jari, isinya akan melantun balik / pejal.

2 - Matanya segar & timbul



Ikan yang segar mempunyai mata yang cantik, jernih dan sedikit timbul. Sama la macam manusia, kalau yang kurang sihat tu boleh tengok dari mata yang kurang galak.

3 - Bau laut = ikan segar


Ikan yang segar tidak berbau 'ikan' tapi sebaliknya mempunyai bau laut. Tapi kalau di bandar sukar sikit mahu mencari ikan yang betul-betul berbau laut.

4 - Ikan segar mempunyai insang yang merah atau pink, basah dan tidak kecut




Jangan pilih yang ada insang pucat.

Bagi penulis, cara yang paling mudah adalah dengan melihat pada matanya. Pilih ikan yang mempunyai mata yang segar. Sekali pandang pun dah boleh agak.




-5minsentertainment


No comments:

Post a Comment

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...