Thursday, 3 August 2017

Penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu Tergendala, Afifah Nasir Hilangkan Diri



Artis Aliff Aziz meminta aktres Afifah Nasir untuk bersikap profesional meneruskan penggambaran drama yang dibintangi mereka berdua yang terpaksa ditangguh gara-gara dia ditahan polis.

Aliff, 26, menjelaskan, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi tetapi tidak  dapat diteruskan kerana ketiadaan  Afifah.

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," ujarnya

Penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura ini juga dimintaa untuk mengulas lebih lanjut mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu 'kantoi' dengan Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Menurut Aliff, pihak produksi memaklumkan Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi keesokan harinya namun tetap juga tidak memunculkan diri.

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," akhirnya.

Selepas Anabelle, Tular Pula Gambar Rakaman CCTV Dakwa Lembaga Putih Berbungkus Muncul Di Stesen MRT



Semalam kita disajikan dengan kisah patung Anabelle yang telah 'muncul' di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Ia kononnya muncul sebagai penjaga dan peringatan kepada pengguna MRT agar tidak 'buat hal' seperti telah berlaku sebelum ini di mana baru beberapa hari beroperasi MRT telah menjadi mangsa vandalism selain beberapa kes penumpang melakukan perkara tidak sepatutnya di dalam MRT.

Itu semalam, patung Anabelle memang sengaja diletakkan oleh pihak Rapid KL sendiri, tetapi terbaru tular pula beberapa keping gambar yang mendakwa kelibat lembaga berwarna putih berbungkus didakwa pocong telah muncul di Stesen MRT Cheras.

Gambar kelibat pocong itu dikatakan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kini tular Facebook, Twitter dan beberapa group aplikasi Whatsapp.


Kerana gambar itu ada di kalangan netizen melahirkan rasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan tren itu pada waktu malam bimbang terserempak atau diganggu lembaga itu.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej itu telah disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas di bilik kawalan namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.


Apapun, gambar tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya selain tarikh dan dan lokasi sebenar belum berjaya dibuktikan.

Ada netizen menyatakan, gambar itu mungkin telah disunting atau telah diedit menggunakan aplikasi telefon dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakutkan orang ramai.


Ini kerana hasil pemerhatian kami, ternyata corak lantainya berbeza antara corak lantai di stesen MRT dengan di dalam gambar tular dan gambar di dalam gambar sama dengan gambar di bawah.

Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya



Ramai yang berminat untuk memakai ‘braces’ yang mana jika dilihat boleh menambahkan lagi daya penarik pada diri, dan disebabkan itu, pendedahan mengenai pemakaian ‘braces’ harus difahami dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, ada juga yang cuba untuk memakai ‘teeth aligner’, yang mana ia juga seakan-akan pendakap gigi, tetapi tidak kekal, dan selalunya hanya dipakai pada waktu malam.

Tapi, adakah ‘teeth aligner’ ini betul-betul boleh membuatkan gigi menjadi lebih teratur dan adakah ia benar-benar selamat untuk dipakai?

Sebelum anda buat keputusan untuk cuba memakai ‘teeth aligner’ ini, baca dahulu penjelasan dari seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali ini mengenai ‘teeth aligner’.


Soalan:

Salam doktor. Boleh ulas tentang 'teeth aligner' atau 'teeth trainer'? Saya banyak tengok ia banyak dijual di Instagram dan Facebook. saya jadi tertarik untuk mencuba. Harganya pun murah. Adakah ia benar-benar berkesan?

Jawapan:

PENGENALAN



Aplians ini digunakan untuk memastikan susunan gigi menjadi teratur ketika dalam peringkat pertumbuhan gigi.

Mayofunctional Research Co (MRC) yang berpangkalan di Australia antara pengeluar terbesar alat ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Mereka mencipta pelbagai jenis aplians dan setiap aplians adalah berbeza mengikut umur dan peringkat pertumbuhan gigi seperti gigi susu, gigi bercampur (gigi susu dan gigi kekal – mixed dentition) dan di peringkat awal gigi kekal.

Setiap aplians juga digunakan secara berperingkat /fasa, contohnya Trainer System (^TM) ada 2 fasa dan Myobrace (^TM) ada 3 fasa. Sama ada perlu melalui kesemua fasa ini akan ditentukan oleh doktor gigi yang terlatih menggunakan produk ini.

APA MASALAH TEETH ALIGNER YANG DIJUAL ONLINE?

1. Banyak jual

Tidak dinafikan produk ini memang banyak dijual di atas talian termasuklah Amazon dan Ebay.

2. Label

Terdapat label De sa Dental USA menggambarkan alat ini datangnya daripada Amerika Syarikat. Jika anda buat carian di Google, tidak ada entiti ini. Label ini juga hanya akan membawa anda kepada produk ini sahaja di dalam jualan-jualan online. Jadi, De sa Dental USA ini apa?

3. Beli borong 

Produk ini juga dibeli secara bundle sebelum dijual kepada orang awam. Dari mana mereka mendapatkan bekalan ini? Online jugakah atau ada syarikat yang menawarkan pembelian secara borong?


4. Harga 

Harga yang ditawarkan untuk satu aplians ini hanya RM30. Sedangkan jika anda masuk ke laman web MRC ini, di dalam segmen soal jawab (FAQs), harganya adalah lebih kurang sama dengan braces, bergantung kepada rawatan yang diperlukan.

Daripada bahan apa barangan ini diperbuat dengan harga begitu? Dengan harga serendah ini, adakah produk ini benar-benar memberikan kesan yang baik kepada susunan gigi?

5. Siapa yang boleh guna alat ini?

 Seperti yang dinyatakan, aplians ini ada dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut peringkat pertumbuhan gigi. Ada untuk seawal gigi kekal pertama tumbuh, sehinggalah ke peringkat remaja.

Memang ada Trainer for Adult (T4A) – jika ditafsirkan ke dalam Bahasa Melayu ia membawa makna untuk orang dewasa. Rupa dan bentuk T4A ini sama seperti yang dijual online. Tetapi yang dimaksudkan ialah untuk pesakit berumur 12 hingga 15 tahun, di mana waktu itu kebanyakan remaja sudah tumbuh kesemua gigi kekal (tidak termasuk gigi bongsu).

Bagi pesakit yang berumur 15 tahun ke atas, MRC ada menyatakan rawatan menggunakan aplians ini agak sukar. Ini kerana tabiat yang menyebabkan susunan gigi menjadi tidak teratur seperti bernafas melalui mulut sukar untuk diubah.


6. Kesan

Setakat ini hanya ada testimoni daripada Whatsapp/Telegram sahaja tentang keberkesanan penggunaan alat ini yang dijual atas talian.

Screenshot seperti “baru pakai seminggu, gigi sudah bergerak sikit” dan “rasa macam ada perubahan” digunakan sebagai asas untuk menunjukkan kesan baik penggunaan aplians ini. Selepas itu tidak ada pula ditunjukkan apakah kesan akhir menggunakan produk ini sama ada menjadi semakin teratur susunan gigi atau semakin teruk.

JIka benar ada orang yang berjaya mencantikkan giginya menggunakan produk ini yang dibeli secara online, tunjukkan mukanya dan bagitahu siapa namanya. Sekadar tunjuk susunan gigi yang cantik, nampak sangat membohong. Entah dari mulut orang yang sama atau tidak.

7. Pemeriksaan dan seliaan

MRC sendiri bukan terus mencadangkan penggunaan aplians ini seolah-olah boleh beli di kedai-kedai. Sebaliknya perlu menjalani penyiasatan radiograf dan dinilai oleh doktor gigi terlebih dahulu untuk merancang apakah rawatan yang diperlukan.

Selepas memakai aplians ini, perlu ada temujanji susulan untuk melihat sebarang perubahan.

Ada pesakit yang perlu memakai dua atau lebih aplians bergantung kepada penilaian doktor gigi. Selepas selesai satu peringkat, adakah perlu memakai aplians lain, juga bergantung kepada penilaian akhir doktor gigi.

JIka pembeli sekadar membeli online, siapa yang akan menyelia perubahan dan perkembangan gigi anda? Sekadar rasa ada perubahan cukupkah?

8. Bukan untuk orang dewasa

Alat ini digunakan ketika gigi-gigi sedang tumbuh keluar. Gigi akan tumbuh keluar ke posisi yang dikehendaki apabila memakai produk ini. Sebagai orang dewasa, gigi semua sudah tumbuh keluar dan tidak bergerak lagi, bagaimana alat ini membantu membetulkan semula susunan gigi?

Sedangkan pengeluar sendiri tidak cadangkan penggunaannya 
untuk mereka yang berusia lebih 15 tahun, bagaimana penjual online ini boleh claim produk yang mereka jual boleh digunakan untuk orang dewasa? Asas dan pembuktian dari mana?

KESIMPULAN

Masih belum terlambat untuk anda membatalkan niat membeli produk ini. Membeli-belah secara online tidak salah tetapi elakkan daripada membeli barangan yang boleh memudaratkan anda seperti ‘teeth aligner’ ini.

Konsultasi di klinik gigi kerajaan hanya RM1 dan anda bebas untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan gigi anda.

Anda diperiksa oleh professional dan bertauliah, 
bukan penjual online yang hanya mengaut keuntungan mudah.
RM30 memang nampak murah, tapi tidak untuk membahayakan diri anda. Semoga bermanfaat.

Rujukan:



(VIDEO) Dia Sendiri Dah Terbaring Nak Bersalin, Doktor Ini Sanggup Bangun Bantu Pesakit Wanita Sebelahnya Nak Bersalin



Meskipun dirinya sedang menunggu masa untuk melahirkan, seorang doktor dari Frankfort, Kentucky didapati membantu seorang pesakit wanita lain yang sedang bertarung nyawa kerana hampir melahirkan.

Dr. Amanda Hess merupakan seorang doktor bidan yang sering membantu para wanita yang ingin melahirkan. Oleh itu, ketika dia sedang bersiap sedia untuk melahirkan anak dalam kandungannya, dia terpanggil untuk membantu wanita lain yang bakal melahirkan di bilik bersalin di Hospital Frankfort.

"Saya sentiasa serius dengan kerja saya, saya gemar menjaga ibu yang bersalin dan bayi mereka. Sebagai seorang doktor, saya juga sentiasa memikirkan tentang pesakit saya meskipun pada saat itu saya juga seorang pesakit," ujar Dr.Hess.

Pada waktu tersebut, pesakit wanita yang ingin melahirkan, Leah Halliday Johnson sedang menjerit kesakitan sementara menunggu doktor bertugas yang sedang dalam perjalanan ke hospital setelah pulang dari bercuti. Tanpa membuang masa, Dr.Hess dikatakan turun padang bagi memudahkan proses bersalin wanita itu.

"Saya terus memakai sehelai gaun yang lain untuk menutupi belakang tubuh saya dan menyarung kasut but bagi mengelak terkena sebarang cecair. Sebaik sahaja saya memasuki bilik itu, saya kenal dengan pesakit tersebut. Dia merupakan pesakit yang sering saya rawat ketika mengandung, jelasnya.

"Saya terus membantunya melahirkan tanpa membuang masa," ujar Dr.Hess

Setelah selesai membantu Johnson melahirkan bayi, Dr.Hess pula melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ellen Joyce.

"Boleh Buat Timbang Taik Hidung Ni," Antara Komen Lawak Netizen Selepas Wanita Tersalah Beli Penimbang Berat Badan Di Lazada



Pasti ramai antara kita pernah membeli barangan secara atas talian, dalam ramai-ramai mesti ada antara kita yang mempunyai pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupan dalam berurusan secara atas talian ini.

Ada yang kena tipu, ada yang tidak order barang lain sampai barang lain, apa yang menarik adalah sale, ada nak cepat atau teruja dengan sale sampai terlupa baca apa yang ditulis sampai habis.

Sebuah kisah yang agak menghiburkan dan lawak baru berlaku hari ini yang dikongsikan oleh Puan Anna Fuzzana Ridduan di laman Facebooknya dengan mood feeling nak kurussssss, dia yang ingin membeli penimbang berat begitu teruja melihat ada potongan harga dan begitu di Lazada.

Penimbang berat itu hanya berharga RM12, melihat harga itu, dia terus membeli tanpa berfikir panjang kerana pengalam admin sendiri, Lazada kalau dia buat promosi memang betul-betul murah walaupun barang berharga ribuan ringgit.

Tapi selepas beberapa hari order, abang Lazada pun sampai nak hantar barang, tapi apa yang sampai buat admin yang terbaca tulisan beliau pun tergelak terbahak-bahak.







Rupanya kerana terlalu teruja dengan harga murah itu, sampai dia terlupa baca penerangan produk yang jelas terpapar "Dolls House Miniature Decoration Accessory Weigh Scale Toy Pink," dan dia mengakui salah dia sebab tak baca betul-betul yang menyatakan penimbang berat itu hanyalah mainan semata-mata.

Berikut adalah penerangan pada gambar produk berkenaan.



Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pihak Lazada, sebaliknya mengakui salahnya sendiri kerana baca tidak habis, berikut adalah komen netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah ini,





adi, kepada korang kat luar sana nak beli barang secara atas talian, baca bagi habis dulu, jangan tengok murah terus je beli.

Ayah Boleh Jadi Suami Yang Baik, Isteri Lain 'Tak Kisah' - Rani Kulup Nak Pikat Datuk Vida Pula Selepas Siti Kasim Tak Balas Cintanya



Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ayah meluahkan hasrat untuk memikat pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiz Othman pula selepas harapannya untuk memperisterikan Siti Zabedah Kasim tidak berbalas.

Rani Kulup berharap agar Datuk Vida membuka peluang untuknya dengan berkata: "Ayah boleh menjadi suami yang baik,".

Malah, Rani Kulup berkata isterinya 'tidak kisah' dengan hasratnya itu.

"Isteri-isteri Ayah 'steady'," katanya kepada Sinar Online.

Rani Kulup sebelum ini menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Siti Kasim di Facebook.

Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni...tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.

Dalam pada itu, Abdul Rani juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Datuk Vida.

"Lagu terpulang kepada Datuk Vida," katanya.

Sebelum ini, Datuk Vida menyatakan calon suami impiannya yang diharap mempunyai mata berwarna kelabu, ala-ala jejaka mat saleh dan juga seorang yang suka membeli belah.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, 1 August 2017

Aliff 'berdamai' dengan isteri



PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah selepas dibebaskan atas jaminan polis, semalam.
Aliff ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia bersyukur dibebaskan daripada tahanan dan Bella sudah memaafkannya.
"Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan semalam. Bukan sengaja, tapi saya sibuk menguruskan perkara lain.
"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.
"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap," katanya.
Aliff turut menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya.
"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.
"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.
"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan," katanya.
Bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini, Aliff dan Bella bakal mengadakan satu sidang media khas di Bukit Jelutong, Shah Alam, esok.
Menurut Aliff, pada sesi itu dia akan menjelaskan perkara yang patut sahaja terutama membabitkan rumah tangganya.
"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.
"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.
"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang," katanya.
Terdahulu, Aliff yang ditahan sejak Khamis lalu atas dakwaan mengasari isterinya, dibebaskan dengan jaminan polis pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek diberi jaminan selepas proses siasatan selesai.
Anak seni kelahiran Singapura itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Harian Metro

Facebook Tutup Robot AI Selepas Program Itu Cipta Bahasa Sendiri Untuk Berkomunikasi Antara Mereka



Penyelidik di Facebook menutup program kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI) selepas program tersebut mencipta bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi, lapor Digital Journal.

Sistem itu mencipta kod-kod perkataan untuk berkomunikasi dengan lebih efisyen dan penyelidik terpaksa mematikan sistem itu apabila menyedari ia tidak lagi menggunakan bahasa inggeris.

Menurut Global News, AI itu mengatur perkataan-perkataan menjadi sesuatu yang tidak logik dan hanya boleh difahami oleh bot-bot sahaja, kata saintis Facebook AI Research.

Berikut antara contoh perbualan antara bot-bot program itu yang dikenali sebagai 'Bob' dan 'Alice':

Bob: i can i i everything else
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to
Bob: you i have everything else
Alice: balls have a ball to me to me to me to me to me to me to me to me

Menurut pakar di Facebook lagi, kelakuan ini agak sama seperti manusia yang mencipta perkataan pendek untuk merujuk kepada sesuatu.

Dalam perkataan lain, ianya sama seperti satu-satu komuniti manusia - seperti nelayan, atau pemain saham atau programmer, yang mencipta dialek mereka tersendiri yang berfungsi (dengan lebih efisyen) untuk persekitaran khusus mereka.

Program itu dicipta sebagai sebahagian dari program yang bertujuan untuk mengajar mesin bagaimana untuk berunding, dengan tujuan akhir untuk mencipta pembantu digital personal yang boleh berkomunikasi dengan Manusia, kata penyelidik Facebook dalam satu blog.

"Bob" dan "Alice" ditutup bukan kerana takut mereka akan merancang untuk menggulingkan mausia, tetapi kerana penyelidik mahukan robot yang mampu bercakap kepada manusia, kata saintis, Mike Lewis.

Difahamkan, robot itu mampu mencipta bahasa tersendiri kerana terdapat ralat di dalam kod sehingga memberikan ia insentif untuk mencipta bahasa sendiri.

Sumber: Global News

Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Mati Di Dalam Bilik Air Dipercayai Didera Ibu Tiri



Kelvin Weychelly Bangga Justin, 3 ditemui mati di atas lantai bilik mandi di sebuah rumah di Tr. Lampin Kampung Terimah pada 27 julai lalu. Kematian kanak-kanak ini dipercayai ekoran didera ibu tirinya. 

Kira-kira pukul 4.20 petang, Kelvin ditemui ibu tirinya dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik mandi dan tidak sedarkan diri selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen.

Menurut sumber, kanak-kanak malang ini dikejarkan ke Hospital Limbang oleh ibu tirinya yang berusia 22 tahun selepas dia berasa panik melihat keadaan mangsa yang tidak bernyawa.

"Sebaik tiba di hospital, pasukan perubatan bergegas melakukan pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

" Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor menemui kesan lebam pada dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung kanak-kanak itu,"ujarnya.

Jelasnya, kecederaan pada tubuh badan mangsa menyebabkan ibu dan bapa kandung kanak-kanak itu curiga dengan laporan polis yang dibuat ibu tirinya sebelum itu dan meminta siasatan lanjut dijalankan sekiranya terdapat undur penderaan pada anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai mengesahkan kejadian berikut dan menjelaskan bahawa setakat ini polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak ini sebagai kematian mengejut.
 
Beliau berkata, disebabkan terdapat kecederaan yang dialami kanak-kanak itu, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

"Bedah siasat akan dijalankan pada hari Isnin ini di Hospital Miri dan sebarang perkembangan mengenai siasatan akan dimaklumkan," ujarnya.



Melalui akaun facebook ibu saudara kanak-kanak itu yang mengunakan nama 惠葉美, dia meluahkan rasa terkilannya atas pemergian anak saudaranya yang tidak bersalah itu. Dia juga berharap persalah dapat segera di tangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

SERIUS LAWAK- (Video) Akibat Putus Cinta, Lelaki Ditemui Dalam Mesin Basuh



Biasanya, lelaki akan memberikan 100% apa yang mereka ada apabila bercinta.

Apabila bertemu dengan seseorang yang dirasakan paling sesuai untuk dijadikan 'teman sejiwa', lelaki biasanya akan cuba membuat apa sahaja untuk memenangi hati gadis pilihan hati.

Begitu juga apabila putus. Biarpun bernama lelaki, biasanya si pencinta itu akan mengeluarkan air mata sebab hati tak boleh terima hakikat cintanya ditolak oleh si gadis.

Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki yang dikatakan cuba membunuh diri dalam mesin basuh selepas putus cinta dianggap keterlalun dan dalam masa yang sama kelakar oleh netizen.



Dalam kejadian yang berlaku di Filipina itu, lelaki terbabit ditemui oleh rakan-rakannya dalam keadaan mabuk dan sedang menangis di dalam mesin itu.

Menurut rakan-rakannya juga, dia cuba untuk membunuh diri menggunakan mesin itu selepas putus cinta.

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya yang cuma ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejadian 'menyedihkan' itu.





Rakan kepada lelaki terbabit memuat naik video itu di Facebook yang mana menjadi viral di media sosial itu. Bagaimanapun, tidak dijelaskan betapa seriusnya 'patah hati' lelaki berkenaan.

Masa bercinta, normal la menangis sampai terkeluar-keluar hingus. Tapi bila dah kahwin, lain pula ceritanya kan?

(Video) Penumpang Ramai Tapi Pesawat Tak Ada - Video Seram Misteri 'Penumpang-Penumpang' Turun Dari Aerobridge di Lapangan Terbang Viral



Satu video seram yang memaparkan 'penumpang-penumpang' menuruni jambatan aero (aero bridge) tanpa kelibat pesawat menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik kira-kira 3 jam lepas.

Pemuat naik video, Richard Ker memuat naik video berkenaan di Facebook dengan berkata video itu dirakam di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Thailand beberapa hari lepas.

Video berkenaan menunjukkan 'penumpang-penumpang' berkenaan berjalan laju menuruni 'pesawat' dengan menaiki jambatan tersebut.

Seorang jurutera bidang penerbangan yang dihubungi oleh Siakap Keli berkata laluan yang dilalui oleh 'penumpang-penumpang' itu dikenali sebagai Aerobrige.

Menurut beliau, Aerobridge adalah jambatan yang menghubungkan penumpang antara pesawat dengan platform sebelum memasuki lapangan terbang.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan video itu namun berkata, sepatutnya ada kelibat pesawat berhampiran dengan Aerobridge itu.

Video yang dimunat naik oleh Richard Ker itu hampir menerima 10,000 perkongsian di Facebook setakat artikel ini ditulis.

Tonton video itu dibawah.

  

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...