Tuesday, 18 July 2017
Lelaki Warga Emas Kahwini Gadis 18 Tahun, Beri Hantaran 35 Juta Rupiah
SULAWESI SELATAN, INDONESIA - Jika sebelum perkahwinan antara remaja berusia 16 tahun dengan nenek menjadi buah mulut orang ramai, kini giliran perkahwinan antara seorang lelaki warga emas dengan seorang gadis berusia 18 tahun pula mencuri tumpuan.
Dalam perkahwinan yang dilaksanakan di Sulawesi Selatan, Indonesia, datuk yang sudah berusia 62 tahun dan pasangannya itu selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya di rumah mempelai wanita.
Menurut Kompas.com, pengantin lelaki yang 44 tahun lebih tua dari pasangannya memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepda pengantin permepuan.
“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung
Mempelai lelaki yang dikenali sebagai Sualeman itu pertam kali bertemu dengan gadis muda itu, Diana, setahun lalu - iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.
"Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati," ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang petukangan besi.
Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.
Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.
"Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki," kata Diana, memetik Detik.com.
Sumber: MD, Kompas
5minsentertainment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan
Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...

-
Mertua atau mentua? Yang mana satu yang betul? Banyak penulisan-penulisan dan media berbahasa Melayu yang kita lihat menggunakan perkataan...
-
Sudah tak lama nak raya inikan, sudah pasti ramai mereka diluar sana terutamanya perempuan sedang berkira-kira hendak kemas rumah sempena ...
-
Ada sorang anak pak haji membeli loteri.. Mulanya dikecam tetapi apabila menang? Hahaha jom layan perbualan whatsapp di bawah ni :- ...
No comments:
Post a Comment