Tuesday, 27 June 2017

Sebak! Pengorbanan ibu bapa mendahulukan baju-baju raya untuk anak ...

1

Ini adalah kisah sebuah keluarga di bulan ramadhan. Walaupun kedai tengah busy, tetapi aku nak share juga cerita ini. Aku tersentuh. 

Satu keluarga bahagia masuk kedai aku. Suami, isteri dan empat orang anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Selepas itu ada satu lagi bayi comel. 

Seperti biasalah bila ada pelanggan masuk kedai, staff aku pun layanlah seperti biasa. Carikan saiz kasut yang sesuai untuk anak-anak mereka. Ada yang nak jubah, baju kurung bagai. Pasangan itu kata, tema raya mereka tahu ini warna biru. Tak kisahlah sama ada biru royal atau biru gelap, asalkan warna biru. Jadi aku suruhlah staff aku layan. 

Anak-anak dia seperti biasa, budak-budak hyper sikit lari sana sini. Nak yang itu, nak yang ini. Tapi tak apalah, bukan nak cerita tentang budak-budak itu pun. 

Mula-mula, dia suruh carikan baju untuk anak-anak dia dulu. Bila bahagian anak dah selesai lalu disuruhnya kira berapa jumlah semua. Aku terus nak scan harga, tetapi dia kata jangan scan dulu dan kira gunakan kalkulator sebab nak tahu berapa total. Aku pun kiralah sekian-sekian bagi diskaun segala bagai. 

Dah habis kira, aku tunjukkan dia jumlah keseluruhannya RM300 lebih begitu. Kemudian lelaki itu diam seketika. 

"Akak dengan abang tak nak ke baju satu set sekali?" 

Si suami undur ke belakang sikit sambil menarik isterinya. 

"Sayang nak baju apa, sayang pilihlah. Ambil yang satu set sama dengan anak-anak," katanya. 

"Eh? Abang tak nak ke? Abang punya, tak beli?" soal isterinya. 

"Tak apalah sayang, bajet tak cukup ni. Bonus tak banyak tahun ni," balas suami. 

"Tak apa bang, sayang punya baju elok lagi. Baju Melayu abang belilah, setahun sekali saja ni set dengan anak-anak. Sayang dah ada warna yang sama," pujuk isterinya. 

Aku bukanlah saja nak pasang telinga ke apa, cuma akuterdengar saja apa yang mereka bualkan itu. Tetapi aku diam saja tak cakp apa-apa, tak nak masuk campur. 

Kemudian lelaki itu datang ke kaunter, "Dik, tolong carikan baju untuk isteri abang. Kalau boleh yang sama warnalah. Satu set sekali," katanya. 

Aku pun suruh staff carikan. Dah dapat satu set untuk isteri, kemudian isteri dia kata, 

"Tak apalah, abang ambillah baju Melayu satu set. Duit raya saya tahun ini tak payah pun tak apa," pujuk isterinya lagi. 

Aku dah tersentuh pula malam-malam ramadhan mulia ini. Aku tanyalah "kenapa kak?" buat-buat macam tak dengar apa-apa. 

"Tak ada apa dik. Bajet tak cukup ni. Banyak nak kena beli. Ingat nak lepaskan anak-anak saja dulu. Tapi plan memang nak sedondon satu keluarga," katanya. 

"Tak apalah, macam ni. Abang pilih saja kurta yang mana abang nak. Saya ada kain yang sama warna, sama jenis. Tentang harga, abang jangan risau. Pilih je dulu," aku suruh dia pergi pilih. 

"Eh tak apa dik. Kira saja yang dah ada ini," 

"Tak apa bang, bang cuba saja dulu saiz abang yang mana okay. Ada je warna sama ni," aku ambil satu saiz yang agak-agak sesuai dengan badannya untuk dicuba. Dia kata saiz itu okay, isteri dia pun kata baju itu cantik. 

Lepas itu, dah kira semua sekali dengan pakaian anak-anak dia, aku scan dan tunjuk harga satu persatu. Kemudian scan sekali set pakaian isterinya sampailah tinggal kurta itu. 

"Kurta ini berapa dik?" soal si suami. 

Aku terus masukkan dalam plastik. 

"Tak apalah bang, kurta ini saya tak kira. Ini untuk keluarga abang. Saya kira yang dah discan je," kata aku. 

Si suami jadi seperti serba salah pula. 

"Eh, tak apa dik. Abang punya tak payah," 

"Tak apa bang, saya ikhlas bla...bla... bla... dan selamat hari raya bang," 

Anak dia salam cium tangan aku. Aku rasa puas. Aku sebak, tak pernah rasa macam mana satu keluarga struggle even nak beli baju raya untuk anak-anak. Setiap ibu bapa pasti mahu berikan yang terbaik untuk keluarga mereka. Sediakan makan minum yang cukup untuk anak-anak. Aku pun tak lama lagi inshaAllah nak jadi ayah. 

Dalam pada ada yang hidup di atas itu mewah bersenang lenang, ada keluarga lain yang tak cukup bajet nak menampung perbelanjaan keluarga. 

Yelah, benda ini memanglah rezeki masing-masing tetapi kalau kita ada lebih, apa salahnya kita tolong orang lain. Di bulan-bulan baik ini, tolonglah. 

Yang aku bagi abang itu tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat menggembirakan satu keluarga. Anak dia yang sulung dengan isteri dia nak sangat sedondon. 

Aku kongsi kisah ini sebab nak kita semua ingat, dalam pada kita gembira syawal semakin hampir menjelang tiba, ada insan lain yang kita terlepas pandang. 

Kepada abang itu, saya doakan semoga abang murah rezeki. Semoga selepas raya ini abang naik pangkat jadi boss. Kemudian bagi bonus pada staff-staff abang. - Ted (@bukanwanted)

'Dah tegur jangan merokok sebab ada baby di belakang, marah pula'

1


KUALA LUMPUR - Berang ditegur jangan merokok. seorang lelaki bertindak mencampak puntung rokoknya kepada lelaki yang menegurnya itu. 

Dalam kejadian di sebuah kedai di Bestari Solaris, Dutamas, semalam, Zukhairi Ahmad, cuba menegur lelaki terbabit agar berhenti merokok kerana ada pelanggan di belakangnya yang membawa anak kecil. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak mengendahkan teguran itu, malah dengan biadab mencampakkan puntung rokoknya ke arahnya. 

"Kawan hangpa ka ni? Kalau kau perokok tegar macam mana, di tempat awam tak kiralah hang duduk di situ dulu atau depa duduk kemudian, bila hang dah nampak ada keluarga duduk di belakang serta ada anak kecil yang sedang tidur dalam stroller, cuba hang guna akal hang. 

"Hormat dan berperikemanusiaanlah sikit. Hang dah toleh tengok dan nampak. Aku tegur hang sebab hang dah nampak. Tak elok hisap rokok sebab asap rokok hang ditiup angin menuju ke arah budak dalam stroller itu. 

"Dah tegur, hang marah lagi siap campak puntung rokok kat aku. Aku patah balik cakap elok-elok, hang bakar lagi sebatang dan hisap rokok dengan bangganya. 

"Haih, aku kasihan dengan attitude hang. Zaman brutal aku dah lama berlalu. Hang bernasib baik aku bersabar di Hari Raya kedua ini. Nasib rokok hang baling itu tak kena aku," tulisnya di Facebook. 

1

Gambar yang dimuat naik oleh Zukhairi pada jam 9.29 malam Isnin itu telah dikongsi 4,084 kali oleh pengguna Facebook dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki terbabit. 

"Saya pun perokok tegar juga tetapi bila berada di depan anak-anak atau di tempat awam terutamanya kedai mamak atau restoran, memang saya akan keluar. Paling tidak, di parking kereta untuk merokok kerana risau orang tak selesa sebab bukan semua orang boleh hidu bau asap rokok. Depan mak ayah pun tak ada nak merokok sebab hormat," kata Abi Sumayyah Dan Uzair. 

Bagaimanapun ada segelintir netizen pula berpendapat, lelaki itu terlebih dahulu duduk di situ dan dia tidak sepatutnya dipersalahkan. Sebaliknya wanita yang membawa anaknya itu perlu berganjak ke meja yang lain jika mahukan keselesaan. 

"Jika bukan kawasan larang merokok, lelaki itu tidak bersalah. Siapa yang sampai dulu, kalau ada baby pun, boleh cari tempat lain," kata netizen. 

Merokok di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan saman. 

Thursday, 22 June 2017

Terjumpa Benda Pelik Di Booth Perniagaan, Aeril Zafrel Disihir?

Foto benda pelik yang dimuat naik oleh pelakon Aeril Zafrel  menerusi akaun Instagramnya semalam mendapat perhatian ramai. Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Aeril, benda pelik itu diletakkan di booth perniagaan beliau di Mood Republic PWTC.



Setelah mendapatkan pandangan pakar, benda pelik itu sebenarnya sesuatu yang digunakan untuk menyihir orang.
Berikut kapsyen Aeril di akaun Instagramnya :-

Tidak sangka dalam bulan suci Ramadhan ini masih ada manusia yang sanggup untuk melakukan perkara tahyul dan khianat seperti ini. Bersabarlah Aeril dengan dugaan seperti ini, sudah lumrah pasti akan berdengki dengan perniagaan orang lain yang lebih berjaya.


Tulis Status Sindiran “Berdrama Cinta Lokasi”, Remy Ishak Diperli Kembali Oleh Netizen

Sekiranya anda peminat dunia hiburan tanah air, sudah pasti anda mengetahui kisah cinta lokasi yang paling hangat sekarang ini. Tak lain tak bukan ia adalah di antara Fattah Amin dan Nur Fazura. Kedua-duanya berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Tak kisahlah sama ada mereka benar-benar bercinta ataupun tidak, setidak-tidaknya “cinta lokasi” ini menghangatkan dan menaikkan “rating” drama tersebut.

remy ishak

Baru-baru ini, Remy Ishak menerusi akaun Twitternya, telah menulis satu status yang menyindir para pelakon yang berdrama kononnya mereka bercinta lokasi. Tiada nama disebut di dalam status tersebut, namun rata-rata yang membaca status tersebut berpendapat yang Remy Ishak menyindir Fattah Amin dan Fazura.

remy ishak


Tambah menghangatkan lagi keadaan, status seterusnya oleh Remy Ishak telah menyebabkan netizen naik angin.

remy ishak

Akan tetapi, seperti biasa warga Twitter tidak pernah mengecewakan. Ramai yang membalas status Remy Ishak dan mengingatkan pelakon tersebut tentang peristiwa yang pernah terjadi terhadap dirinya satu ketika dahulu. Fuh!!! Memang pedas bila baca. Antara yang menarik:-

remy ishak

remy ishak

remy ishak

Kadangkala kita memang terlupa dengan sejarah hidup kita sendiri. Biasalah tue. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Hehehe. Bagi Abang Nara, cinta lokasi ini adalah satu teknik promosi yang biasa untuk melariskan drama/filem. Apatah lagi jika pelakon-pelakon yang terlibat memang bak pinang dibelah dua. Kalau mereka benar-benar bercinta selepas itu pun, apa salahnya kan? Apa pula pendapat anda?

(Gambar) Tak Sangka Wang Rokok Yang Disimpan Sejak Setahun Lalu Cukup Untuk Pasangan Ini Beli Motosikal Baru Secara Tunai



Jakarta: Seorang wanita telah mendapat perhatian ramai netizen di negara jiran ini selepas dia telah memuatnaik gambar yang menunjukkan sejumlah wang terkumpul hasil duit rokok suaminya.

Apa yang menarik perhatian, hasil suaminya berhenti merokok sejak Novermber 2015 lalu itu, wang yang sepatut digunakan membeli produk tembakau itu telah disimpan setiap hari membolehkan selepas setahun enam bulan mereka telah berjaya membeli sebuah motosikal baru secara tunai.

Kisah mereka telah menjadi tular di media sosial di mana wanita berkenaan bernama Dita Sari Wootekh menyatakan yang suaminya mula berusaha menghentikan tabiat itu sejak November 2015.








Sejujurnya saya ketika itu juga tidak yakin dia mampu berbuat demikian, namun tetap memberi sokongan.

“Dia memilih sendiri berbuat demikian, bukan kerana dipaksa atau dilarang sesiapa. Alasannya kerana mahu hidup sihat.

“Untuk menunjukkan komitmennya, suami saya mengubah bekas akuarium di rumah kami untuk menjadi tabung yang dilabel ‘Power of 20 rb’.

“Setiap hari dia memasukkan 20 rb Rupiah (RM6.40) iaitu jumlah sepatutnya dibayar untuk rokok dan selepas setahun setengah, dia melihat isi ‘tabung’ itu - tidak perlu dinyatakan jumlah dikumpulkan, tetapi cukuplah untuk membeli sebuah motosikal,” katanya.

Menurut Dita, kisah berkenaan dikongsikan adalah sebagai dorongan dan inspirasi untuk orang lain yang mahu menghentikan tabiat merokok.

Berdasarkan satu data dari Badan Pusat Statistik (BPS) 2014 menyatakan bahawa perbelanjaan isi rumah masyarakat Indonesia memang sebahagian besar dihabiskan untuk makanan dan rokok.

Perbelanjaan isi rumah untuk rokok dianggarkan berjumlah 50,000 rupiah (RM16 sebulan). - Siakapkeli.my

Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska



Di zaman serba moden ini, bukan manusia sahaja yang mencari jalan pintas untuk cepat selesaikan masalah, malah haiwan pun sama.

Menurut satu laporan oleh Anchorage Daily News (akhbar di Alaska), sekumpulan ikan paus Orca bertindakan menggangu bot-bot nelayan tempatan, bagi mencuri ikan yang berjaya ditangkap oleh nelayan-nelayan itu.

"Mula-mula kamu hanya nampak dua ekor, dan itu tanda berakhirnya trip (mencari ikan). Tidak lama lepas tu, kesemua 40 ekor dari mereka akan mula mengelilingi kamu," kata John McHenry, pemilik kepada F/V Seymour.

Tambah McHenry, kumpulan Orca itu boleh disamakan dengan 'geng motosikal'.

Kata National Post, ikan-ikan itu telah 'belajar' masa yang tepat bila bot nelayan akan dipenuhi dengan tangkapan ikan.

Ikan Orca itu akan menunggu seharian suntuk sementara nelayan memenuhkan hasil tangkapan, dan apabila sudah banyak, paus itu akan merompak hasil tangkapan itu secara buta-buta. Malah paus itu juga dikatakan pandai memerhatikan bot-bot tertentu.

Kata pemilik bersama F/V Augustine, Paul Clampitt, ikan itu turut datang biarpun mereka menggunakan mesin pembingit elektronik haiwan - sepertinya paus Orca itu sudah terbiasa.

"Ia (mesin pembingit) sudah menjadi seperti loceng makan malam (buat paus Orca)," kata Calmpitt.

Pada Mei, kapten Robert Hanson menulis menerusi satu surat kepada North Pacific Fisheries Management Council bahawa krunya telah di diganggu tanpa henti oleh ikan paus itu.

Menurut Hanson, dia telah hilang lebih kurang 5,000kg ikan disebabkan paus terbabit dan habis 15,000 liter minyak untuk melarikan diri dari mereka.

Sumber: National Post

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning, Modal Hanya RM23 Tapi Hasil Macam Lampu Baru



Sudah pasti ramai pemilik kereta diluar sana menghadapi masalah ini, iaitu lampu kereta bertukar menjadi warna kuning apabila sudah lama digunakan, ianya seperti mencacatkan pandangan pada kereta kesayangan anda,

Lampu kereta bertukar menjadi kekuningan adalah kerana sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang panas dan juga hujan.

Jika lampu sudah bertukar kuning, maka kita perlulah ke kedai untuk polish bagi cantik balik, untuk polish sahaja harganya pun boleh tahan, sekitar RM40 dan ke atas, tetapi tahukah anda yang sebenarnya amat mudah untuk polish lampu kereta kita sendiri dengan modal yang lebih kecil, tetapi hasilnya amat berbaloi.

Seorang pemilik kereta bernama Imran Jalil telah berkongsikan cara mudah digunakannya untuk polish lampu keretanya yang kekuningan bertukar menjadi seperti baru.

Jom kita tengok apa yang dia buat.

Kereta saya dah berusia 6 tahu, 'headlamp' dan bertukar menjadi kuning, pernah survey di kedai-kedai pasal ahrganya, kosnya adalah dalam lingkungan RM40 hingga RM100.

Dulu aku pernah buat kat kedai, harga RM40 tapi hasilnya tetap sama, jadi bermulalah projek DIY aku ini sempena nak sambut raya.

1. Bahan2 yang aku dah listkan dan terus beli kat kedai hardware :

  • Samurai 1K clear Lacquer = RM20
  • Kertas pasir gred 600 dgn 2000 = RM2.80
  • Pita pelekat (sedia ada)
  • Kertas surat khabar lame = free
  • Rajin (SK tambah) = free

Total semua : RM 22.80



2. Lekatkan pita pelekat di sekeliling lampu kira dan kanak. nampak kesan-kesan kuning tu..





3. Sental atau gosok headlamp tu dengan kertas pasir gred 600(sederhana halus) dulu...nanti nampak kesan-kesan kuning tu hilang sikit demi sedikit..

Selepas tu gosok pulak dengan kertas pasir gred 2000(halus)




4. Selepas siap sental keringkan dulu..sementara nk tunggu kering aku tido dulu..hihihi

Sambung keje balik, sekarang aku tutup sekeliling dengan surat khabar sebab next proses nak sembur clear lacquer..






5. Mulakan step menyembur clear lacquer..



6. Sembur dalam dua tiga layer semburan.

Sembur kali pertama, buar kering dalam 15 minit, ulang step sama sampai cukup tiga kali semburan..


7. Dah siap dah untuk headlamp kanan


8. Headlamp kiri


9. Tadaaaaa....dan siap, Selamat mencube dan selamat hari raya..


Mudah je kan? yang penting tiada penyakit 'M', kalau ada penyakit 'M' tu benda tak payah keluar duit beli barang pun takkan cantik lampu tu melainkan hantar kedai jugak. - Siakapkeli.my

(Video) "Dia Lihat Tanpa Berkelip Mata Dan Cuba Ikut Gerakan Sahabat Dalam Bagunan Lakukan," Gelagat Uncle Ini Tarik Perhatian Netizen



Gelagat seorang lelaki warga emas berbangsa Cina ini telah menarik perhatian netizen apabila dia dilihat memerhati dengan khusyuk beberapa orang lelaki yang sedang berjemaah di dalam sebuah bagunan di Jalan Raja Laut.

Apa yang menarik perhatian, Uncle berkenaan bukan sahaja memerhati, sebaliknya dia kelihatan seperti cuba mengikut apa yang jemaah di dalam bagunan lakukan iaitu bersolat.

Sekeping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh saudara Mohd Azlan Omar apabila ada mereka sempat merakam gelagat Uncle ini ketika menuju ke sana untuk solat berjemaah.




Menurut beliau, kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang bersolat di mana mereka baru sahaja selesai menjalankan satu program memberi makanan kepada gelandangan.

"Dia melihat tanpa berkelip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan," tulisnya

Beliau turut memuatnaik sebuah video dengan menyatakan mungkin kerana kemerduan alunan ayat-aayt suci Al Quran buatkan beliau terpegun dan tertarik.

"Oleh yang demikan malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama," tulis beliau bersama video di bawah.

 

Apa pun kita doakan semoga Uncle ini sentiasa dilindungi dan mendapat hidayah daripadaNya - Siakapkeli.my

Tak Sampai RM20 Pun, Tutup Ruang Bawah Singki Dengan Langsir DIY Buat Dapur Anda Terus Nampak Cantik Dan Kemas



Sudah tak lama nak raya inikan, sudah pasti ramai mereka diluar sana terutamanya perempuan sedang berkira-kira hendak kemas rumah sempena menyambut hari lebaran yang tidak sampai seminggu lagi.

Ruang yang paling penting sudah pastilah ruang tamu rumah, tapi ianya bukanlah agak sukar kerana kawasan berkenaan bukanlah tempat persediaan yang memerlukan banyak barang seperti di dapur.

Ramai terlepas pandang akan kebersihan dan kemasan dapur sedangkan ramai saudara atau rakan yang datang terutamanya perempuan mereka akan terus ke dapur mencari apa yang menarik atau pun dijadikan port paling cun untuk berborak-borak.

Jadi, dapur juga perlulah dikemas, apa yang penting hanya tutup kawasan yang buat mata tidak sedap pandang seperti ruang menyimpan barang di bawah dapur, singki dan para.

Beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh Puan Ayza Nur bagaimana untuk mencantikkan dapur dengan hanya mengubahsuai 'shower curtain' DIY dan hasilnya amat menakjubkan.

Keadaan dapur sebelum dimasukkan Curtain Penutup Concrete Base Dapur DIY.



Bahan-bahan:

1. Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
2. Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
3. Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)
*Semua saya beli kat MR DIY



Cara-caranya

Kabinet umah sewa saya nie panjang, jadi saya beli 2 keping curtain tu, ukur sampai labuh mana nak dan kemudiannya potong.

Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau, rod tu saya beli 4 batang, rod tu boleh adjust pnjangnya, manakala nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.

Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu dan kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat.

Hasilnya.







Cantikkan? nampak kemas terus, hilang cacat tadi dengan hanya tutup jer dengan langsir, jom tengok hasil mereka yang dah cuba.








Ramai dah mencubakan, jadi tak salah giliran kita sendiri pula untuk pastikan dapur rumah kita cantik dan kemas. Apa yang paling penting kita boleh tukar macam-macam warna kegemaran. - Siakapkeli.my

"Jadi Model Boleh, Jual Ais Krim Pun Boleh," Kisah Gadis Tunggang Motosikal Jual Ais Krim Tular Di Media Sosial



LANGKAWI: Sejak semalam menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan kelibat seorang gadis menunggang motosikal meredah kawasan kampung menjual ais krim.

Video dan gambarnya menjual ais krim sambil dikerumuni kanak-kanak menjadi tular di mana ratusan ribu orang telah menonton video berkenaan.

Rata-rata netizen memuji semangat gadis berkenaan yang dilihat tidak memilih kerja dan tidak kekok dengan pekerjaan tersebut dan amat jarang dipelopori oleh wanita apatah lagi gadis muda.\


 
Difahamkan gadis yang dikenali dengan nama Syamimi Azhari ini merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), dia menyatakan menjual ais krim merupakan kerja masa lapangnya ketika musim cuti semester termasuklah mengambil tempahan di majlis-majlis kenduri kahwin.

 
Dia yang juga merupakan seorang model sambilan menyatakan itu adalah perniagaan keluarganya di mana dia kini hanya akan membantu jika berkelapangan.

"Ini adalah kerja sampingan isi masa lapang semasa full time belajar, kalau cuti inilah kerja saya, tak kira banyak mana untung pun tapi seronok bila jumpa dengan ramai orang dan berkata semua positif," tulisnya dilaman Facebook. - Siakapkeli.my





Wednesday, 21 June 2017

'Ia Adalah Palsu' - Nazri Nafi Pejabat Keluarkan Kad Perniagaan Untuk Isterinya



Kuala Lumpur: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz membuat penafian terhadap dakwaan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad perniagaan untuk isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.

Sebelum ini, kad terbabit menjadi viral di media sosial Twitter dan juga Facebook.

Kad tersebut memaparkan nama Datin Seri Haflin S, yang tertulis jawatan sebagai 'Isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia" selain lengkap dengan alamat Putrajaya.

MStar Online melaporkan, Nazri berkata kementeriannya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kad perniagaan kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.

"Dia tidak bekerja untuk kementerian. Ia adalah palsu.

"Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami," katanya ketika dihubungi The Star.

Sumber: mStar Online


Tuesday, 20 June 2017

Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman, Ini Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Sekali, Untuk Sakit-Sakit Ringan



Foto: Huffingtonpost

Kemeriahan dalam menyambut hari raya kini kian terasa, ramai di antara kita sudah mula berpusu-pusu untuk membeli persiapan hari raya, seperti baju raya, kuih-mueh, mahu pun menghantar kenderaan untuk diservis.

Dalam pada itu, sudah apsti tatkala nak balik raya, segala kelengkapan yang perlu dibawa pulang akan disusun rapi agak tidak lupa di kemudian hari nanti. Faktor keselamatan rumah juga tak lupa untuk diperiksa.

Tapi, dalam buat persiapan, janganlah pula lupa untuk bawa ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga, mana tahu dah seronok menjamu selera, tiba-tiba sakit perut pula.

Menerusi perkongsian dari Dr SazOne Sham, terdapat beberapa senarai ubat-ubatan yang harus dibawa pulang ke kampung, takut-takut banyak klinik, atau farmasi yang akan tutup nanti.

Moh kita tengok apa ubat yang perlu ada nanti.



Foto: midvalleymegamall

Seronok di pagi Hari Raya. Tidak sia-sia persiapan awal yang dilakukan. Baju melayu berbutang motif keris, segak digayakan dengan samping dan songkok.

Kuih semperit dan batang buruk dirasa. Enak, tidak terperi rasanya. Di atas meja banyak lagi kuih muih. Semuanya dibeli awal Ramadan lagi daripada rakan sepejabat.

Tiba-tiba.... "Bang, anak batuk & selesema sejak pagi tadi. Nampak tak selesa langsung".

Bingung. Usai solat sunat Hari Raya, berkejaran ke pekan. Klinik kesihatan memang tutup. Klinik 1Malaysia pun sama. Klinik swasta pun tutup belaka. Di kedai farmasi, ahli farmasi juga bercuti.

Hanya satu fasiliti kesihatan yang tidak tutup. Fasiliti yang setia 24/7 menerima pesakit. Sudah tentulah Jabatan Kecemasan & Trauma.

Sampai sahaja di hospital, terus ke triage. Mengadu kepada petugas di situ. Pendaftaran awal dilakukan. Melangkah sahaja ke ruang menunggu.... "Masya Allah, ramainya orang. Tidak beraya ke diorang ni?"

Di tenung angka giliran. Zon Hijau. 1056. Monitor di atas bilik rawatan menunjukkan nombor 1016. Bermakna ada 40 pesakit yang sedang menunggu giliran di Zon Hijau. Ambulans bersilih ganti tiba. Mangsa kemalangan belaka. Terus dibawa masuk ke Zon Merah dan Kuning. Maklumlah, kes kecemasan memang diberi keutamaan.

Terpandang satu poster. Besar tulisannya, "Jika nombor panggilan tidak dipanggil menurut giliran bermakna kes kecemasan diutamakan."

Habis. Sia-sia membuang masa di Hari Raya akibat tiada persiapan awal. Baju dan kuih di beli awal, tetapi ubat-ubatan?



Foto: mylovelyfamily-ana

Sediakanlah payung sebelum hujan. Sediakanlah ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan. Beberapa jenis ubat yang perlu disediakan awal sebelum pulang ke kampung:

1. Ubat-ubat bagi penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, asthma dan lain-lain.

2. Panadol tablet dan sirap. Ini untuk kegunaan jika mula demam dan sakit kepala. Sirap panadol untuk kegunaan kanak-kanak.

3. Ubat selesema yang boleh juga digunakan jika terkena alahan atau gatal-gatal.

4. Ubat batuk. Beri kelegaan paru-paru.

5. Ubat untuk sakit perut. Maklumlah makan tidak dijaga. Perut terkejut. Infeksi virus menyebabkan cirit-birit.

6. Ubat tahan sakit. Mungkin diperlukan terutama jika paras asid urik tinggi. Lepas pekena berpinggan-pinggan rendang daging lembu dapat pula kesakitan akibat gout.

Maka, ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ini. Tindakan anda akan menjadikan cuti Hari Raya anda lebih berbaloi disamping keluarga tercinta.

SazOne Sham
Petugas Raya ke-4

- Siakap Keli

Mahu Kurus Sebelum Sertai AF Megastar, Amylea Azizan Kongsi Caranya Turunkan Berat Dalam Masa Sebulan

Ramai dikalangan kita terutamanya kaum wanita ingin menurunkan berat badan dan mengimpikan bentuk badan yang ideal tetapi tidak tahu bagai...